CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raffi Ahmad angkat sumpah sertai Kabinet Merah Putih Prabowo

23-10-2024 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27635| Komen: 10

 


SELEPAS Giring Nidji, kini giliran Raffi Ahmad pula dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden, Prabowo Subianto hari ini.

Pelantikan tersebut disahkan sejurus pemilik nama penuh Raffi Farid Ahmad itu mengangkat sumpah di hadapan Prabowo di Istana Negara di Jakarta.

Sedia menjalankan tugas, Raffi berjanji akan membantu melancarkan segala perancangan dan arahan daripada Presiden bagi mencapai hasil yang baik untuk rakyat.

“Alhamdulillah urusan pelantikan berjalan dengan lancar dan saya siap bertugas untuk mengabdikan diri kepada bangsa serta negara.

“Tugas saya adalah menyelaras dan mempercepat segaka perancangan agar semua yang diarahkan Presiden untuk kedaulatan rakyat berlangsung engan lebih baik serta mencapai sasaran,” katanya.

Turut hadir menemaninya pada majlis angkat sumpah ialah isterinya yang juga pelakon, Nagita Slavina.

Difahamkan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Presiden melaksanakan tugas tertentu yang diberikan oleh Presiden mengikut kementerian yang ditetapkan.

Selain Raffi, selebriti lain yang turut dilantik hari ini adalah penyanyi dan pemuzik, Yovie Widianto sebagai Staf Khusus Presiden Bidang Ekonomi Kreatif.

Raffi merupakan antara selebriti yang berpengaruh di Indonesia selain aktif dalam media sosial.

Dia dan Nagita juga merupakan pasangan artis Indonesia yang paling ramai pengikut dalam Instagram iaitu seramai 74.8 juta orang, manakala YouTubenya pula memiliki lebih 26 juta ‘subscriber’.

Semalam, bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Prabowo.

Sementara itu, bekas juara dunia dan legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-10-2024 12:16 AM
Tak kenal mereka2 ni. Tapi dua2 helok.
Quote airfilterkotor 23-10-2024 01:30 AM
Antara 4 orang tu, cuma kenal Taufik dan vocalist Nidji.
Quote fanaz82 23-10-2024 08:05 AM
boleh tahan ramai selebriti dalam kabinet baru ni..harap2 kerja jln la
Quote Suchi 23-10-2024 08:32 AM
Dah knp selebriti je belaka dlm kabinet?
Quote supernaturalee 23-10-2024 08:39 AM
parti golkar tu ada lg ke

Quote slyfynx 23-10-2024 08:52 AM
Raffi Ahmad yang ini kah?



Quote sambaldurian 24-10-2024 01:12 AM
Bkn pnh ada kes  dadah ke dia ke ni. Mmg la dh insaf,  tp jd tahap menteri ni agak drastik jgk le . Erm tp ikut korg le, nk ikut style USA kot xkisah dgn weed user kot . Weed user dorg agak berjaya jgk , jd CEO la, artis la.
Quote sleepandream 24-10-2024 02:29 AM
kris dayanti takde ke?
kita ada yb kalangan retis jugak... tp peringkat adun jela si altimet tu
Quote plywood 24-10-2024 08:10 AM
baguslah jadi artis... bosan-bosan jd artis, ada yg berpeluang untuk jadi menteri ker

...cuma kerja tu  memang bolehker... sepanjang masa hanya belajar kepura-puraan jadi artis, kerja sebenar real world yg skripnya diperolehi dari pembelajaran dipusat pendidikan tinggi dapatkah? .. barangkali nampaknya tuan penasihat keliling pinggang terpaksa bekerja keras
Quote star_karat 24-10-2024 10:42 AM
Hetty Koes Endang tak moh ambik? Atau yang pondan buat muka kat Korea tu hari.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044714 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top