Kecurangan, satu perkataan yang sering menimbulkan kemarahan. Tapi siapa sangka, ia boleh berlaku di tempat yang tak dijangka seperti dalam kawasan hospital, melibatkan pesakit yang sedang terlantar! Menurut satu perkongsian di media sosial, insiden menyedihkan ini dialami oleh seorang wanita yang setia menjaga suaminya di hospital dan diceritakan semula oleh saudaranya. "Kecurangan bukan berlaku di tempat kerja saja, tapi kat hospital pun ada.- Kata individu tersebut." Menurut cerita yang disampaikan, wanita tersebut menjaga suaminya yang tak mampu bergerak dan hanya terbaring di atas katil hospital. Bagaimanapun dalam diam, si suami menjalin hubungan sulit dengan isteri kepada pesakit yang terlantar di katil sebelah! "Cerita betul ya. Saudara juga, jaga suami sakit kat hospital. (Pesakit) tak boleh gerak langsung. Memang baring je terkulai layu. Jaga sampailah sihat.- Jelas individu itu."
Lebih mengejutkan, sebaik suami wanita itu pulih, dia menceraikan isterinya dan berkahwin dengan isteri pesakit ‘katil sebelah’. Perkongsian tersebut mendapat perhatian yang rata-rata mengutuk tindakan si suami. Mereka juga menyelar tindakan isteri pesakit ‘katil sebelah’ yang tergamak curang ketika menjaga suaminya yang sakit. "Yang seorang dah sakit tak sedar diri. Yang seorang lagi, tengah jaga suami sakit pun sempat menggatal. Pelik manusia zaman sekarang ni.- Komen seorang netizen." "Apabila isteri tak jaga yang sakit tu, kata isteri tak guna. Dah jaga sampai elok, dicurangi pula… eh jantan jenis puaka ni memang patut pun biar layu.- Tambah seorang lagi yang geram dengan situasi tersebut." Sumber : OhMedia |
PULANGKAN replied at 22-10-2024 09:36 PM
katil sebelah?
wad campur wad ape?
Jikookie replied at 22-10-2024 10:47 PM
Sakit2 pun sempat lagi curang
grouper replied at 23-10-2024 12:07 AM
Negara konoha kot...buat drama mesti laku keras cite ni
kemaruk replied at 22-10-2024 09:41 PM
Baca ler betul2 tajuk dan artikel kak