CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Duta Equal Bulan Ini” – Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Gergasi Di New York Times Square Buat Kali Kedua

22-10-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16527| Komen: 14

 


Buat kali kedua, penyanyi terkenal, Ernie Zakri telah dipilih untuk menghiasa papan iklan digital gergasi di New York Times Square di Amerika Syarikat.

"Saya duta Equal untuk bulan ini. Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi."

Menurut Berita Harian, Ernie turut berkata ini merupakan satu perkara yang sangat besar dalam kerjayanya. Padanya, ini merupakan tanda arah baru untuk dia bekerja lebih kuat dan ia dilakukan khas untuk para peminatnya.

Penyanyi lagu Masing-Masing itu merupakan artis wanita tempatan yang berjaya meraih ‘Spotify Monthly Listeners’ seramai 3.1 juta pendengar.

Selain itu, lagu Masing-Masing itu turut berada di kedudukan tangga kelapan dalam senarai Spotify Top 50 Indonesia. Malah Ernie juga merupakan artis wanita yang berada di kedudukan nombor satu paling lama di Carta RIM selama 23 minggu.

"Alhamdulillah, lagu ini mendapat tempat di hati semua orang, itu yang paling penting dan terima kasih kepada semua yang suka dengar dan menjadikan Masing Masing dalam ‘playlist’ atau lagu tema dalam ‘live’."

Penyanyi itu juga berkata dia tidak pernah terfikir untuk menembusi pasaran Indonesia dan duduk di carta radio di sana.

"Saya ada sasaran. Jadi, kerja-kerja saya menuju ke arah impian dan gol. Untuk mencapai semua ini dalam tahun ini, ia sangat mengejutkan juga. Apa pun, saya bersyukur sebab ada pendengar dan peminat yang sentiasa menyokong karya saya."

Menurut Ernie, lagu Masing Masing versi itu adalah hadiah istimewa buat peminat yang selalu menghargai keindahan lirik dan melodi dalam kesederhanaan.

Versi piano Masing-Masing ini menampilkan kerjasama Ade Govinda dan Nabila V selaku penulis, komposer Ade Govinda sendiri dan diterbitkan oleh William Chow.



SUMBER : Berita Harian, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 22-10-2024 10:14 AM
tahniah
Quote pocongkiutss 23-10-2024 01:09 AM
Sian takde yg komen..meh iols tlg komen sbb nk benamkan thread najis
Quote pinkpunk 23-10-2024 08:19 AM
diA  ni suara sedap tapi muka awam sangAT.
Quote supernaturalee 23-10-2024 10:28 AM
yes mmg die yg terpilih
tp nm bnyk guna digital


btw tiket konsert sulung sheols lm dh sold out
sungguh pun konsert nya bln 1 thn dpn

Quote dudaberhias 23-10-2024 01:50 PM
tahniah..

tp iols kesian retis2 dan influencer yg di promot Equal dkt billboard tu hujung2 tetap sendu jua di mana2...

termasuk la Yuna...

ternyata kalau sekadar promot tapi lagu nan hauk dan tak masuk kategori pop Gen Y... tetap la bakalan sendu di aidilfitri hingga aidiladha... lagi2 kalau penyanyi tak herlok...

tengok la bts lagu cam gampunk pun tetap 1 billionz views... asalkan herlokkk gittuh... kaka pun tengok sekali...

Quote Kurex 23-10-2024 02:11 PM
ernie ni kalau muka senduk, tak boleh ambik gambar dongak kepala.. nampak sombong she..
Quote sharlenetexas 23-10-2024 02:13 PM
Ingatkan equal gula tanpa kalori.

Quote AWEKSAMURAI 23-10-2024 02:23 PM
X lama lagi muka bella kemek plak ada kat sini terpaling artis kat Malaysia hahaaa ..siap erni akan di benamkan
Quote Paiya 23-10-2024 03:44 PM
tahniah Erni
sedap sangat lagu Masing-Masing tu
Quote cikperiukkera 23-10-2024 03:49 PM
Tahniah ernie… lagu masing2 mmg sedap okayyy
Quote jasmeen 24-10-2024 04:49 PM
Sapa kat Ernie ni tak cNtik?cantik org melayu la..malahan jauh lagi cantik Dari bella astila yg suka sangat cover lagu masing2 tu
Quote sleepandream 24-10-2024 05:33 PM
ala billboard atas mcd bukit bintang tu pon baru rm150 jah... lalu dekat fyp tiktok iols dayang promo apatah kat situ
Quote anony-mous 24-10-2024 06:14 PM
sharlenetexas replied at 23-10-2024 02:13 PM
Ingatkan equal gula tanpa kalori.

La bukan ke uols? I ingat yg tu jgk td
Quote September14 24-10-2024 07:33 PM
Lagu masing2 tu best… nsb bek dia dpt lagu tu klu x tenggelam dia…. Aku rasa lgu tu je kut yg best thn ni..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030154 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top