CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

"Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’? Netizen Minta Abah Hayat Diam

22-10-2024 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17163| Komen: 27

 


Melalui platform media sosial, beberapa netizen telah meluahkan rasa kurang senang selepas menemui akaun TikTok bekas banduan kes pembunuhan 23 tahun lalu yang dikenali sebagai Abah Hayat.



Kebanyakan netizen mendakwa Abah Hayat atau nama sebenarnya, Khairul Anuar bangga serta belum insaf atas perbuatan jenayah yang dilakukan biarpun sudah dibebaskan 3 Oktober lalu.

Lagi menaikkan amarah orang ramai selepas bio di akaun TikToknya tertulis ayat ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’ berserta emoji api.



Bahkan, bekas banduan tersebut dikatakan sudah membuat siaran langsung di platform media sosial tersebut dan bangga menulis perkataan sedemikian di bio akaun itu.

"Lepas kena kecam, baru tukar.. Tak fikir langsung perasaan keluarga mangsa bunuh tu.. Kalau diam-diam mulakan hidup baru, mungkin tak kena herdik."

Tak selari dengan kata-kata sudah bertaubat lepas membunuh


Meninjau di ruangan komen ciapan berang seorang pengguna di X itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan banduan tersebut tidak selari dengan kata-katanya mengenai sudah bertaubat atas dosa melakukan pembunuhan kerana kelakuannya seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku.




Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 22-10-2024 08:53 AM
Kes mana pula ni? ChatGPT tak membantu..
Quote AnBulisia 22-10-2024 09:10 AM
hairan aku dengan orang tua yang baru berjinak dengan tiktok especially
menari, terlenggok lenggok
tak kira jate atau tino
mcm kes ni, mmg betul pun
macam bangga dengan perlakuannya
kalau bertaubat, dok je diam diam
Quote makita 22-10-2024 09:18 AM
Kalau org yg normal, dia taknak igt kes kerat 8 tu. Sebut nombol 8 pon xmau. Ni siap jd trademark ya.
Nampak ada potensi org tua ni akan ke dalam balik ni.
Quote Tinot7 22-10-2024 09:22 AM
imransulaiman replied at 22-10-2024 08:53 AM
Kes mana pula ni? ChatGPT tak membantu..

Dah ada benang.. hat yg kerat 8, dpt pengampunan.. now dah bebas
Quote MadameOnion 22-10-2024 10:25 AM
semenjak acik acik bawang muka keledek pandai main tiktok ni..hmmmm..entah apa2 jek..tulis komen nak dia je betul..bila kita reply tak kena dgn pendapat dia..habis dimakinya kita..jahat
Quote bpbbppbp 22-10-2024 10:31 AM
Celik it gitu walaupun dh lme duk jail
Quote pocongkiutss 22-10-2024 10:36 AM
Melampaunya
Quote prettyuglybabe 22-10-2024 10:37 AM
batak attention..
Quote AkokKocik 22-10-2024 10:41 AM
Bak kata dak ustaz, dah dekat nk kiamat...org berbangga dgn kejahatan mrk...penipu lebih dipercayai dr org bercakap benar.
Quote makciktijah 22-10-2024 10:44 AM
komuniti tiktok ni mmg ramai bangang abadi takleh repair.
Quote Firenzza 22-10-2024 10:48 AM
AkokKocik replied at 22-10-2024 10:41 AM
Bak kata dak ustaz, dah dekat nk kiamat...org berbangga dgn kejahatan mrk...penipu lebih dipercayai  ...

Yg part penipu tu mcm selari plk dgn madanon lg ramai pembekap dia wpun dulu pernah terbalikan keta pulis sbb bantah skrg dia plk lebih sudu dari luah
Quote miss_perfect 22-10-2024 11:08 AM
Apasal orang gini boleh dapat pengampunan.
Quote zorrro_03 22-10-2024 11:22 AM
imransulaiman replied at 22-10-2024 08:53 AM
Kes mana pula ni? ChatGPT tak membantu..

cgpt dah gila kot.  banyak benda dia cuai dan tak update sejak akhir ni.  
Quote imransulaiman 22-10-2024 11:35 AM
zorrro_03 replied at 22-10-2024 11:22 AM
cgpt dah gila kot.  banyak benda dia cuai dan tak update sejak akhir ni.

Hahaha! Kena hack dan terjangkit bug kot
Quote Thunderclouds 22-10-2024 12:04 PM
prettyuglybabe replied at 22-10-2024 10:37 AM
batak attention..

Aku rasa org keliling yg advice main medsos.
Mebi sbb senang carik income cmtu.
Usia cenggini, ade rekod jenayah, mana maunya nk carik kirija cara konvensional.
Cuma tulah. Xkena ngn situasi & keadaan.
Bodoh betol yg bg idea wat cmni.
Org ni pon xpikir panjang.
Quote tobobon 22-10-2024 12:16 PM
Thunderclouds replied at 22-10-2024 12:04 PM
Aku rasa org keliling yg advice main medsos.
Mebi sbb senang carik income cmtu.
Usia cenggini, ade ...

meols setuju...dah x boleh buat apa kerja sangat...takkan nak membanting tulang...buatlah tik tok...benda2 camni mmg ramai orang berminat nak tau....

sat lagi nanti ada panggil podcast, kalau x podcast si shuib tu, podcast yousef yg interview si asad hari tu...masyukkkkkkkkk
Quote zorrro_03 22-10-2024 12:53 PM
imransulaiman replied at 22-10-2024 11:35 AM
Hahaha! Kena hack dan terjangkit bug kot

rasanya depa dah lowkan abilit cgpt akhir2 ni sebab rugikan puak2 kapirtalis.  banyak benda affected dan damage kpd mereka.
Quote Cassieopeia 22-10-2024 01:58 PM
eh bangga plak pakcik ni mentang2 dpt pengampunan. kalau ye pun nk bg kesedaran ke ape ke takperlu tulis gitu letak # je dahla
Quote melekaifc 22-10-2024 02:04 PM
ni semua nak monitizekan akaun tiktok memasing..engagement tinggi masyuk la nanti tu. bulih dollo bak kate geng sskjp

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.129947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top