PENYANYI popular, Amir Masdi, 28, pernah menyimpan impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional sejak di sekolah rendah. Justeru, apabila ditawarkan menjadi duta pasukan PDRM FC, Amir tidak ragu-ragu untuk menerima dan bekerjasama dengan kelab bola sepak yang bersaing di Liga Super itu. "Sebenarnya, saya pun tak sangka terpilih sebagai duta PDRM ini kerana ramai juga selebriti lain yang terbabit dalam sukan bola sepak di negara ini. "Namun, saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini kerana saya juga memang ada bermain bola sepak bersama rakan-rakan artis seperti Tomok," katanya yang bermain di posisi penyerang. Amir ditemui di sidang media kerjasama Suria FM X PDRM FC yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dan Ketua Pegawai Eksekutif RedOne Network Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah PDRM FC, Farid Yunus.
Turut hadir, dua pempengaruh terkenal TikTok, CEO Batu dan CEO Bieziy. Amir berkata, pihaknya juga ada perancangan untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuk PDRM tetapi belum ada konsep yang diputuskan lagi. "Mungkin saya boleh sumbangkan lagu khas atau muzik video khusus untuk PDRM nanti," katanya. Sementara itu, DJ Lin berkata, sebagai rakan radio rasmi kepada PDRM, Suria FM berbesar hati untuk memberikan sokongan penuh dalam mempromosikan semua sesi latihan dan perlawanan pasukan PDRM yang akan datang. "Kerjasama ini mencerminkan komitmen Suria FM dalam memastikan penyokong PDRM mendapat liputan terkini mengenai perkembangan pasukan kegemaran mereka," katanya. Pada masa sama, Farid berkata, kerjasama antara PDRM, Suria FM dan duta rasmi PDRM FC ini adalah satu langkah strategik yang bertujuan untuk meletakkan PDRM di landasan yang kukuh untuk jangka masa panjang. Sumber – Harian Metro |
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...
oggy replied at 22-10-2024 03:46 AM
Sama la lagu dia mcm tak mesra kat telinga.. ke aku je yg taktau. Tapi tak dinafikan suara dia sed ...
sangbara2020 replied at 23-10-2024 10:47 AM
anak buah iolls nama amir..iolls panggil dia amir masdi..pastu akk iolls ckp...who???
hahaha
miss_strangers replied at 22-10-2024 03:58 AM
Walaupon xberapa nak glemer tapi amir mmg berbakat yach! Suara shedap giler...ini baru layak masuk i ...
ADVERTISEMENT