Kuala Lumpur: Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto. Taufik Hidayat akan ditempatkan di kementerian itu bersama menteri penuh, Dito Ariotedjo. "Taufik Hidayat sebagai wakil Menteri Pemuda dan Olahraga," kata Prabowo seperti dipetik dalam Kompas.com. Pada tahun 1999, Taufik meraih gelaran Terbuka Indonesia yang pertama dan dalam tahun yang sama, beliau layak ke final All England dan Terbuka Singapura namun tewas di pentas final kepada pemain Denmark, Peter Gade dan rakan senegara, Hariyanto Arbi. Sepanjang kariernya, Taufik banyak mencatatkan prestasi sebagai pemain badminton ternama merangkumi enam kejuaraan Terbuka Indonesia iaitu pada tahun 1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006.
Sejak masih aktif sebagai atlet, Taufik Hidayat dikenali sebagai seorang sosok yang vokal dan lantang menyuarakan segala ketidakpuasan hatinya baik dalam arena badminton atau sukan di Indonesia secara umum. Taufik memutuskan untuk bersara daripada dunia sukan badminton pada tahun 2013 dan pernah menjadi kakitangan khas di Kementerian Belia dan Sukan dari 2017 hingga 2018. Sumber – Harian Metro |
alesandra replied at 22-10-2024 10:39 AM
penyanyi nidji ..giring pun jadi timbalan menteri kebudayaan
Tinot7 replied at 22-10-2024 11:02 AM
Rasanya dolu2 dia comey
supernaturalee replied at 22-10-2024 12:26 PM
really?
rambut dia kembang2 lg tak
Firenzza replied at 22-10-2024 06:59 AM
Ni baru betul.....org yg ahli dilantik ikut kelayakan x mcm kat sini..modal air liur hapus ptptn pun ...
alesandra replied at 22-10-2024 01:03 PM
Tak.rambut dia x menggerbang dah.smart je.aku pun suka lagu sumpah matidan hayati dah kawen dgn an ...
alesandra replied at 22-10-2024 10:39 AM
penyanyi nidji ..giring pun jadi timbalan menteri kebudayaan
forex replied at 22-10-2024 04:21 PM
Bekas penyanyi Nidji. Taupik jadi tim mentri? dtg kl pon belagak sombong......
alesandra replied at 22-10-2024 04:51 PM
Sapa yg sombong? taufik ke giring? klau giring aku x heran.retis2 indon mmg ada je yg pandang org ...
ADVERTISEMENT