CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang ramai diminta tidak membeli baka kucing bully baharu tidak berbulu

21-10-2024 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32311| Komen: 14

 


BELFAST  – Penduduk  United Kingdom (UK) digesa tidak membeli baka kucing bully baharu tidak berbulu kerana haiwan itu terdedah kepada masalah kesihatan serius, lapor portal berita Metro. UK kelmarin.

Kucing itu pertama kali dibiakkan di Amerika Syarikat dan  mendapat pengikut yang ramai di media sosial sebelum dibawa ke UK.

Baka tersebut tidak mempunyai bulu dan memiliki kaki pendek seperti anjing buli XL yang kini diharamkan.

Kucing bully mempunyai masalah kepekaan kulit pada cahaya matahari dan  pernafasan, manakala pergerakannya tidak selincah  kucing lain. Jangka hayatnya juga lebih pendek.

Pakar tingkah laku haiwan Universiti Queen’s di Belfast, Dr. Grace Carroll meminta orang ramai untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membeli kucing bully.

“Pengguna memiliki kuasa beli. Apabila kita tidak membeli baka yang mempunyai sifat ekstrem, kita boleh menghalang pembiak baka daripada mengutamakan ciri estetika berbanding kesihatan dan kebajikan haiwan,”  katanya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 22-10-2024 12:35 AM
Pelik je nmpk kucing takde bulu
Kucing ni memg spesis sedia ada atau kucing yg dibiakkn melalui kawen campur
Kucing klu kawen campur memg antibodi dia tak kuat...kawen campur ke...betul ke istilah tu...haha x dpt nk pikir tgh2 mlm ni
Quote Dwdrum 22-10-2024 06:57 AM
Ini bukan copy XL bully tetapi pocket bully... Pity untuk cat version...
Quote kotakbaju 22-10-2024 07:41 AM
Kesiannye kucin spesis ni. Kalau betul la ia diwujudkan melalui pembiakan gen. Naya ke kucin tu.
Quote Weller 22-10-2024 08:00 AM
adopt, not shop
Quote jejarihalus 22-10-2024 08:56 AM
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok
Quote bintangct 22-10-2024 09:51 AM
mark adam ada bela kucing ni tp pgil baka sphinx kot Siap membiak Syg mark kat kucing² ni
Quote Tinot7 22-10-2024 09:54 AM
Ada org minat tucen mcm ni ka?
Quote lipans 22-10-2024 10:16 AM
tapi dia ada piramid.
Quote zorrro_03 22-10-2024 12:49 PM
jejarihalus replied at 22-10-2024 08:56 AM
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok

kenapa dengan munchkin?  nampak elok je lowed.  jiran iols ada satu terkedek2.  tapi utk depa survive sendiri mungkin payah lah kot.  jadi lauk je kalau dilepaskan keluar
Quote Kitty_catz 22-10-2024 06:42 PM
berlambak2 kucen kat pasor tu ha

tapayah beli.. yg domestic ni lg senang nak bela

hat yg bukan native sini kut korang banyak masa, banyak dhuet, hari2 kelek kucin aje takde nak kelek tok laki, anak beranak silakan

Quote gingerneko 23-10-2024 02:43 PM
zorrro_03: kenapa dengan munchkin?  nampak elok je lowed.  jiran iols ada satu terkedek2.  tapi utk depa survive sendiri mungkin payah lah kot.  jadi lauk je kal ...


munchkin pon hasil genetic modified.. bila lahir byk yg x menjadi and end up di'lupuskan'.. byk health problem jugak... meols slalu volunteer shelter ngeri tgk ank yg x menjadi dibuang tulang dia herot2... kesian... #adoptdontshop pleasee


Quote aryyan 23-10-2024 03:17 PM
jejarihalus replied at 22-10-2024 08:56 AM
Lagi satu kucing munchkin... Kesian tengok

betul. munchkin ni sjenis baka defect kan.
kecian tgk. dhla abnormal, umoq x pjg.
event flat face n exoctic shorthair pn kna extra care.
kna rajin lap muka, suap mkn.

sapa yg takat bela sbb nk up kat ig, takyah la bela hewan.
kang nk beli mknan elok, pi grooming pn bkira.

Quote dubuk 23-10-2024 03:42 PM
aryyan replied at 23-10-2024 03:17 PM
betul. munchkin ni sjenis baka defect kan.
kecian tgk. dhla abnormal, umoq x pjg.
event flat face  ...

Benzino dog pun
Quote kucim 24-10-2024 10:01 PM
Tuhan buat elok dah tp manusia2 musibat ni nak mendahului ciptaan Tuhan

Kalau tidak tkda la manusia kacuk babi...anjing kacuk manusia.
Melampau.Amat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081052 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top