PETALING JAYA – Gegaran yang dirasai rata-rata penduduk di bandar raya Ipoh pagi tadi bukan kali pertama berlaku dengan kejadian serupa pernah dilaporkan pada 2018. Insiden gegaran pagi tadi mengingatkan kembali kejadian serupa pada 4 Oktober 2018 apabila penduduk Ipoh dikejutkan dengan bunyi letupan. Menurut sebuah hantaran laman Facebook, Omèn Necrofis sehingga kini punca letupan yang berlaku pada 2018 masih belum diketahui. Dia turut menyatakan bahawa bunyi dan gegaran ketika itu tidak berkait dengan beberapa siri gempa di Labuha, Indonesia (Sulawesi). “Dari sudut geologi, kejadian gegaran dan bunyi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk runtuhan dinding gua bawah tanah, pengangkatan batolit Kledang, runtuhan tebing batu kapur atau pergerakan sesar batu granit melawan batu kapur. “Pergerakan sesar dalam batu kapur itu sendiri juga boleh menjadi punca.
“Walaupun magnitud gegaran kecil dan cetek, ia masih cukup untuk menjana gegaran yang dirasai oleh penduduk di kawasan tersebut,” katanya. Dia menegaskan ini hanyalah andaian yang dibuat dirinya bukannya punca sebenar gegaran gegaran hari ini. “Ini andaian daripada saya sahaja. Mungkin sudah tiba masanya Ipoh memerlukan alat pengukuran seismik (seismograf) untuk mengukur dan menentukan punca sebarang gegaran, jika ia berkait dengan faktor geologi,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
sfrnna replied at 22-10-2024 02:06 AM
Tah2 quarry2 dekat2 situ tgh blast tak? Bullshit la tak diketahui mana datangnya with all the techno ...
sfrnna replied at 22-10-2024 02:06 AM
Tah2 quarry2 dekat2 situ tgh blast tak? Bullshit la tak diketahui mana datangnya with all the techno ...
pokokmeranti replied at 22-10-2024 07:38 AM
ke ada ujian bom nuklear secara rahsia di perak? mana la tahu ATM buat skala kecil.
PULANGKAN replied at 22-10-2024 04:52 AM
khuenzz kaka
dah 2024 masih misteri ke hulu hilir, ala-ala zaman mastika gituu.
PULANGKAN replied at 22-10-2024 01:43 AM
yang tahun 2018 tu, weols tengah breakfast. tiba2 dari jauh ada bunyi guruguruguruguru halus gituu.. ...
Tinot7 replied at 22-10-2024 09:52 AM
Apa citer mistik yg deme habaq?
PULANGKAN replied at 22-10-2024 10:18 AM
Iols dengar sipi2 ja, tak dengar habis hikayat theyols. penat dengor katanya, ada "meriam" ya ...
kucingitam replied at 22-10-2024 09:08 AM
hahah nuklear skala kecil pun meletop habis ranap ipoh dah.. tak maunya gegor2 gitu..
ADVERTISEMENT