CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Aset Indonesia diambil Malaysia, itu kenangan saya bersama Jokowi’ - Engku Emran

21-10-2024 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24594| Komen: 15

 


Pelantikan Presiden Indonesia kelapan, Prabowo Subianto mengingatkan usahawan, Engku Emran kepada perkahwinannya dengan pelakon asal negara berkenaan iaitu Laudya Cynthia Bella.

Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 49, berkata, mantan Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah memperkatakan perkahwinannya dengan Laudya sebelum ini.

“Saya pernah bernikah dengan seorang warga Indonesia dan di suatu acara rasmi pada tahun 2017, Jokowi bercanda (bergurau) tentang pernikahan saya itu.

“Katanya aset Indonesia diambil orang Malaysia. Itulah kenangan saya bersama Jokowi.

“Terima kasih diucapkan kepada Joko Widodo atas jasa dan pengorbanan. Selamat istirahat, semoga panjang umur dan sentiasa di bawah lindungan-Nya,” katanya dalam Instagram.

Pada masa sama, Engku turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo atas jawatan baharunya itu.


“Tahniah kepada seluruh rakyat Indonesia atas perlantikan Probowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia yang kelapan.

“Saya dibesarkan di Jakarta sewaktu kecil sekitar tiga tahun. Indonesia ini menjadi antara negara yang dekat di hati ini.

“Semoga merah putih terus maju dan sukses di bawah pempinan Presiden Prabowo. Didoakan juga rakyat agar makmur dan bahagia selamanya,” katanya.

Laudya dan Engku berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya hasil perkahwinan terdahulu dengan primadona Erra Fazira.

Engku Emran kemudian mendirikan rumah tangga dengan kakak usahawan dan pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila pada 19 Mac 2021 dan bercerai pada September 2023. 


SUMBER: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 22-10-2024 06:01 AM
Rugi jah LCB kawen ngn dia ni... X psal2 cerai jua..
Quote CikHasanah 22-10-2024 06:07 AM
Dan aset itu telah pun dikembalikan semula kepada Indonesia.
Quote SANKURIANG 22-10-2024 06:18 AM
Dah tiber…sapa dia ni…setakat ex Kakak Ratu….boleh la kau dok dendiam kat tepi tu…go pegi cari lagi pompuan kaya utk buat bini
Quote PinkyPie 22-10-2024 06:32 AM
Aset yang tak dihargai. Orang Pakistan tak ckp plak asset dorang kena rembat ngan ko yek
Quote scarflicious 22-10-2024 08:13 AM
Jijik pulak aku dgr.
Quote cha-cha 22-10-2024 08:14 AM
PinkyPie replied at 21-10-2024 10:32 PM
Aset yang tak dihargai. Orang Pakistan tak ckp plak asset dorang kena rembat ngan ko yek

HAHAHAHAHA woiii lambat pulak braincell i bergabung pepagi ni
Quote MatDeghem 22-10-2024 08:17 AM
CikHasanah replied at 22-10-2024 06:07 AM
Dan aset itu telah pun dikembalikan semula kepada Indonesia.

Nak kecek balik la tuu....

Betul seway  sapa yg kawin dgn mamat ini

Quote Manusiabesa 22-10-2024 08:23 AM
Waktu ada x hrgai.. wktu dh terlepas baru nk mengingati..

Teloq hg masam
Quote Manusiabesa 22-10-2024 08:24 AM
Hihi beria2 rindu kt wife kedua.
Wife ketiga yaitu jenab xrindu?
In indirectly,  jenab is meaningless to him lolsss
Quote debab_78 22-10-2024 08:30 AM
aku tak faham org yg kawin cerai kawin cerai ni... kompiden betul diri mengharungi environment lepas cerai berai tu kan...
Quote Prickford 22-10-2024 08:33 AM
Aset Indon kawin hanya untuk diceraikan. Begitu jugak aset dari Pakistan & Sungai Choh. Malu anak tengok bapak asik kawin cerai mcm takde pedoman.
Quote ihtisyam1 22-10-2024 08:33 AM
senyap la ko.... dah jumpa bakalan bini belum
Quote cm_vungtau 22-10-2024 08:36 AM
Aset indonesia diambil oleh a Malaysian loser sebenornya Pak Jokowi nak cakap
Quote azimodin 22-10-2024 08:43 AM
Dasar Fboi betul la. Dah macam nak describe pelantar minyak pulak. Memang dia anggap perempuan yang datang dalam hidup dia as depreciating assets ke?
Quote menjad 22-10-2024 09:46 AM
cam cibai... masa masih berbini ko bolayan kan member tuhhhh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036144 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top