PARLIMEN | Ahli parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan bagaimana Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan jika dia tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya. Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang mencelah ketika Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025. Kata Tuan Ibrahim secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan "peruntukan" oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap "lebih daripada rasul." "Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji [...] sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi. "Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji. "Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambik (secara fizikal) tapi dia online," katanya yang menyentuh mengenai isu gaji minimum. Justeru, kata Timbalan Presiden PAS itu lagi, dia meminta pandangan Hamzah mengenai dakwaan perdana menteri atau anggota kerajaan yang tidak mengambil gaji.
Anwar Ibrahim
Mengulas pandangan Tuan Ibrahim, Hamzah berkata, dia berpendapat langkah tidak mengambil gaji itu sesuatu yang baik namun mengingatkan agar sikap yang sama perlu diberi terhadap elaun yang diperuntukkan. "Ia berbeza... gaji tu memang betul (tak diambil), tapi elaunnya bagaimana?" kata Hamzah. Menurut Ahli Parlimen Larut itu lagi, jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga menyediakan elaun kepada pegawainya. "Itu juga harus kita persoalkan. Kalau nak umum (tidak mengambil gaji), umumkan zero income (pendapatan sifar). "Tapi kalau zero income, dia nak makan dengan apa? "Kalau dia boleh berdoa - phum! Beras dihantar oleh Kota Raja (Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) depan dia, beras tempatan pulak tu, tak apalah. "Tapi saya ingat, eloklah jangan sampai dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, tum! Datang epal depan dia," kata Hamzah berjenaka. Sumber : Malaysiakini |
kakigebang replied at 21-10-2024 04:42 PM
Pembangang takde isu lain..gaji org yg disentuh.. itukan PNC...mcm ni je level penbangang?
cmf_almondpecan replied at 21-10-2024 06:39 PM
Dia tak ambik gaji PM je kan? Elaun MP dia ada. Anak bini dia pun ada pendapatan. Kalau ikutkan peri ...
Firenzza replied at 21-10-2024 08:18 PM
Dia xde rumah la, kan nuart cakap rumah tu dia sewa dgn tokey cina yg baik hati, kereta jaguar & b ...
Apoo replied at 21-10-2024 07:54 PM
Teringat mamat ni cerita time ceramah, dia ada jumpa pakcik tua terpaksa menuntun motor balik rumah ...
cmf_almondpecan replied at 21-10-2024 06:39 PM
Dia tak ambik gaji PM je kan? Elaun MP dia ada. Anak bini dia pun ada pendapatan. Kalau ikutkan peri ...
ADVERTISEMENT