CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Hindu bimbang RUU mufti WP turut beri kesan kepada bukan Islam

21-10-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32863| Komen: 18|Original author: EJALTI



Cadangan kerajaan menggubal sebuah mengenai kuasa mufti Wilayah Persekutuan telah menimbulkan kritikan kumpulan Islam dan bukan Islam atas sebab yang berlainan.

13 pertubuhan menyuarakan kebimbangan sama ada beberapa perkara di dalam akta itu selari dengan perlembagaan.

Beberapa pertubuhan mewakili penganut Hindu hari ini meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, di sebalik bantahan daripada beberapa tokoh Islam yang meluahkan rasa kurang senang terhadap nada sektarian (permazhaban) akta yang dicadangkan itu.

Gabungan NGO-NGO dan Kuil Hindu Malaysia berkata bantahan mereka tertumpu kepada beberapa fasal dalam RUU itu berkenaan yang dikhuatiri melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Kami telah dan sedang menerima banyak persoalan daripada orang ramai yang risau bahawa terdapat klausa-klausa tertentu yang boleh menyentuh aspek kehidupan semua warga Malaysia walaupun mereka tidak beragama Islam," katanya dalam kenyataan ditandatangani bersama oleh 13 pertubuhan termasuk Malaysia Hindu Sangam (MHS), Malaysia Hindhudharma Maamandram (Maamandram) dan Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO).

Ia memetik Seksyen 13(1) mengenai kuasa jawatankuasa fatwa mengeluarkan fatwa yang menyentuh "kepentingan negara".

"Terdapat kekhuatiran bahawa kuasa ini adalah terlalu umum dan boleh mengikat warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.

"Kerisauan ini ditambah kerana Seksyen 11(b) memperuntukkan bahawa fatwa tersebut termaktub sebagai undang-undang persekutuan ('be recognised by any court in respect of all matters stated' dan tidak boleh dicabar di mahkamah di bawah Seksyen 15(3)," kata kumpulan itu, sambil menambah mereka bersedia bekerjasama dengan kerajaan dengan menyertai proses libat urus dan rundingan.

RUU yang dibawa menteri hal ehwal agama Mohd Na'im Mokhtar itu menyentuh antara lain peranan mufti WP, struktur jawatankuasa fatwa, serta pelbagai jawatankuasa lain seperti falak, penentuan anak bulan dan arah kiblat.

Peguam dan aktivis hak asasi menyifatkannya tidak berperlembagaan kerana memberikan kuasa yang luas kepada seorang pegawai yang tidak dipilih untuk mengawasi kehidupan seharian umat Islam, manakala beberapa pemimpin Islam pula menimbulkan kebimbangan mengenai apa yang mereka katakan sebagai takrifan sempit Islam mengikut garis mazhab.

Antara kritikan utama ialah peruntukan bahawa seorang mufti hanya boleh dilantik dari kalangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah, dua aliran yang umumnya dianggap arus perdana dalam mazhab Sunnah.

"Bila nak menginstitusikan agama ini, adakah sampai tahap di mana kita sempitkan soal akidah ataupun soal takrifan Ahli Sunnah wal Jama'ah," soal bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin  baru-baru ini.

"Kalau ada orang yang tak mengikut ini sepenuhnya maka dia tidak boleh dikira sebagai Muslim di Malaysia atau di Wilayah Persekutuan?"

Pandangan serupa dikongsi Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang memberi amaran bahawa imam mazhab-mazhab utama dalam Islam tidak pernah berhasrat ajaran mereka diisytiharkan sebagai mazhab rasmi.

Pengkritik paling lantang RUU itu ialah Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, yang selama ini terkenal dengan beberapa pandangannya yang dilihat tidak sehaluan dengan tradisi mazhab Syafi'i seperti diamalkan di Malaysia.

Asri baru-baru ini mencabar Na'im untuk menyatakan sama ada beliau sendiri faham aliran-aliran Syafi'i yang dinyatakan dalam RUU itu.

"Jika beliau benar, beliau dahulukan buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat," kata Asri.

Anwar rata-rata mengelak daripada mengulas mengenai kontroversi RUU itu, sebaliknya meminta Na'im memberi penjelasan.

Selain daripada aspek akidah, RUU Mufti WP itu turut disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.

Peguam Latheefa Koya berkata RUU itu "memperlekeh kedudukan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia", merujuk Perkara 3(5) dan 34(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Mufti dilantik atas nasihat menteri, dan oleh itu kerajaan persekutuan akan memperoleh kuasa yang luas ke atas setiap aspek amalan agama umat Islam di negara ini sebaik sahaja RUU itu menjadi undang-undang.

"Ini bukan peranan yang dimaksudkan untuk kerajaan persekutuan di bawah perlembagaan kita. Ia bertentangan dengan struktur asas perlembagaan dan oleh itu tidak berperlembagaan," kata bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu, yang turut mengecam sikap membisu ahli Parlimen kerajaan dari DAP, Sabah dan Sarawak.


Sumber : Malaysianow


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-10-2024 07:54 PM
pehal nk feeling2 insecure psl agama sndiri plak? RUU untuk org isle..yg ko hindu tak bimbang ke ada 700 lebih kuil haram kt selangor?

dahla ada bomba yg mati, nape puak2 ni tak amik tindakan 'menghalalkan' kuil haram ni, pi pakat2 beli tanah sndiri pindahkn ke situ ke, nape tak bertindak?

dah mcm israel plak, bina kt tanah org

https://dewan.selangor.gov.my/question/kuil-haram/
Quote Farnor 21-10-2024 08:10 PM
Teruskan mufti..
Quote sharlenetexas 21-10-2024 08:14 PM
Korang tu banyak pacak kuil merata tempat termasuk kat tanah persendirian. Asal dapat mimpi terus pacak kuil. Korang tak bimbang? Tak reti ke nasihat jangan ceroboh tanah orang.

Quote habisnamadahni 21-10-2024 09:53 PM
risau betul yg bkn isle ni dgn RUU ni
Quote Atata 21-10-2024 10:49 PM
Yang hindu tu taknak komen tapi part yang nak jadikan manhaj asyairah al mathuridiyyah tu shj yang layak jadi mufti tu yerghhh macam melebih2
Quote scorpene 21-10-2024 11:00 PM
kapir laknat kat Malaysia x boleh ke kalau x masuk campur hal ehwal Islam....?
Quote nw111 22-10-2024 05:52 AM
Takde kena mengena dgn ko hindu oiiii...sebok nk masuk campur agama org..
Quote jebatmaspunyer 22-10-2024 12:32 PM
Edited by jebatmaspunyer at 23-10-2024 12:34 PM

Yang aku perasan si golongan kafir y menentang ni bukan paham sangat pun pasal RUU tu. Yang dorang tahu asal sebut Islam jer, terus panas macam setan kena baca ayat Quran.

Quote tungkai 22-10-2024 12:44 PM
So basically diorg takut kalau ramai yg convert to Muslim lah
Quote pokokmeranti 22-10-2024 12:47 PM
jebatmaspunyer replied at 22-10-2024 12:32 PM
Yang aku perasan si golongan kafir & munafik y menentang ni bukan paham sangat pun pasal RUU tu. Yan ...

yg kritik tu dalam laporan disebut antaranya hadi awang dan mufti perlis....xkan la awak nak kata mereka munafik pula
Quote lana~yana~ 22-10-2024 02:21 PM
Yang bukan islam tu tak payah sibuk..aduii..tak berkaitan pun dengan you all..
Quote yururi 22-10-2024 02:47 PM
jebatmaspunyer replied at 22-10-2024 12:32 PM
Yang aku perasan si golongan kafir & munafik y menentang ni bukan paham sangat pun pasal RUU tu. Yan ...

Yg aku perasan si golongan munafik yg setuju ni bukan paham sangat pun pasal RUU tu. Yang dorang tahu asal sebut Islam jer, terus mengangguk setuju macam bipoti babi bila nampak pompuan kena rogol dan liwat klu tak bertudung.
Quote testly 22-10-2024 03:00 PM
Racist nye diorg ni pd islam ye.
Quote kucim 24-10-2024 10:06 PM
Edited by kucim at 24-10-2024 10:08 PM

Kenapa ya akhir2 ini dari thn lepas isu undang2 islam di kelantan..isu kkmart..now isu RRU yg babitkan org islam tp ugama lain mcm kaduk naik junjung?

Dorg yg lebih2 komen mcm panas pungkoq.

Makin melampau sebab berani menceceh hal ugama org
Quote kucim 24-10-2024 10:07 PM
jebatmaspunyer replied at 22-10-2024 12:32 PM
Yang aku perasan si golongan kafir y menentang ni bukan paham sangat pun pasal RUU tu. Yang dorang t ...

Tak sedar...kalau p negara lain dh kena kicap dah..sini je berani berbunyi mcm2
Quote grouper 24-10-2024 10:08 PM
Adakah golongan Hindu ni golongan wahabi...golongan wahabi je yg patut meroyan kaw2 pasal isu ni
Quote felinecat 24-10-2024 10:15 PM
Hmm,bodoh betul
Quote nusaraya 25-10-2024 05:24 PM
Edited by nusaraya at 25-10-2024 05:39 PM

Mudah sekali jika mereka masih risau dengan RUU Mufti ...ajaklah semua mereka yang beragama Hindu, Kristian atau agama lain bukan islam menjadi pemeluk agama islam ....

Jika dengan bujukan dan rayuan mereka tetap X mahu masuk islam  maka gunakanlah cara kekerasan ... Saya yakin mereka akan dengan sukarela dan ikhlas masuk islam dan juga dijanjikan menjadi melayu dengan status istimewanya .. Ingat... Siapa akan menolak jika mereka tahu banyak benefit yang akan mereka dapat di dunia dan akhirat ketika mereka masuk islam dan menjadi melayu...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051339 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top