Kerajaan bersedia berdepan kritikan berhubung komitmennya untuk menarik balik subsidi petrol mulai pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Dalam temu bual dengan Bloomberg TV, dia mengakui bahawa dasar sensitif itu berkemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila ia berkuat kuasa. "Ia adalah keputusan sekali dalam satu generasi yang memberi kesan kepada kehidupan semua orang. “Harapan saya, dan tanggungjawab kita dalam kerajaan, adalah untuk memastikan kita menguruskan perkara ini dengan betul supaya perubahaan dasar ini mampan,” kata Rafizi, sambil mengakui bahawa inflasi adalah kebimbangan terbesar kerajaan walaupun hanya kumpulan pendapatan 15 peratus teratas akan tertakluk kepada harga RON95 yang lebih tinggi. “Adalah kelaziman ekonomi Malaysia bahawa, apabila berlaku kenaikan harga bahan api, kita melihat segala-galanya meningkat. “Simulasi kami ialah jika berlaku kenaikan harga, kita harus menunggu sekurang-kurangnya kitaran 12 bulan sebelum inflasi secara asasnya stabil semula kepada sekitar 2 peratus,” katanya. Kerajaan menjangkakan kadar inflasi akan berada pada purata dalam julat antara dua hingga 3.5 peratus tahun depan, berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus pada 2024. Rafizi berkata, anggaran 3.5 peratus itu adalah 'senario terburuk' yang dihadapkan dalam dielakkan jika Malaysia menggunakan sistem harga dua peringkat bagi RON95. Menurutnya, rancangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 adalah penting bagi reformasi fiskal negara. Semalam, Rafizi berkata sistem harga dua peringkat akan diperkenalkan. Di bawah sistem itu, mereka yang tidak layak menerima subsidi iaitu kumpulan dengan pendapatan 15 peratus teratas, perlu membayar harga pasaran di pam minyak.
Temu bual itu juga menyentuh mengenai kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Singapura mewujudkan zon ekonomi khas di Johor menjelang Disember, dengan kumpulan pertama pelabur dijangka datang pada separuh pertama 2025. Kerajaan juga telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM5 bilion untuk kemudahan infrastruktur di zon itu. Rafizi juga berkata Malaysia menyasarkan untuk mengembangkan ekonomi sekurang-kurangnya 5 peratus setiap tahun untuk beberapa tahun akan datang dan berharap ringgit boleh mencapai 3.8 berbanding dolar AS jika Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan kukuh pada tahun hadapan. Sumber : Malaysiakini
|
kemaruk replied at 21-10-2024 09:27 PM
Dulu dah elok2 ada GST, korang buang
Hancur negara kita dibuat korang ni
ADVERTISEMENT