CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penginapan hotel mesti sekurang-kurang 23 jam sehari – MOTAC

21-10-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15487| Komen: 62

 


PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggesa semua pengusaha hotel melaraskan masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara di mana pelanggan mendaftar masuk pada pukul 2 petang dan mendaftar keluar pada tengah hari keesokan harinya atau selewat-lewatnya pada pukul 1 petang.

“Ini merupakan perkara biasa dan tidak menjejaskan kebersihan atau kualiti penginapan. Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan dengan lebih banyak jika berbuat demikian.

“Namun, perkara ini bukan hanya melibatkan keuntungan pemain industri semata-mata, malah pelanggan juga mahu merasakan wang yang dibelanjakan itu berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.


Katanya, jika gagal mengikuti tempoh itu, pelanggan akan menerima pengalaman penginapan yang tidak memuaskan dan ini memberi gambaran jelas bahawa pihak hotel hanya mementingkan soal keuntungan dan bukannya kualiti perkhidmatan.

“Pelanggan yang berbelanja semestinya mahu melakukannya dengan senang hati. Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha akan gembira memperoleh keuntungan berlipat kali ganda,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula 4 petang dan keluar pada pukul 11 pagi.

Tindakan itu mencetuskan perbincangan netizen yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.


SUMBER: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 21-10-2024 08:19 AM
Check in pkul 4, check out pukul 11
Quote c===8 21-10-2024 08:40 AM
kalau pihak hotel tanak ikut cakap menteri cemana?
Quote Perawankota 21-10-2024 08:42 AM
Mana cukupnyaaa 1 jam nak kemas ratus2 bilik tu oii.. kesian maid2 kena kerah.. dah lah guest2 ramai yg x sedar diri, kul 11am pon ada yg dah tercongok kt lobby nak check in
Quote misszazaz 21-10-2024 08:49 AM
elok la tu ni kejap sangat
Quote pokokmeranti 21-10-2024 08:51 AM
Perawankota replied at 21-10-2024 08:42 AM
Mana cukupnyaaa 1 jam nak kemas ratus2 bilik tu oii.. kesian maid2 kena kerah.. dah lah guest2 ramai ...

knp pemain industri tak nak tambah pekerja? nak jimatkan kos bayar upah?
Quote lifeline 21-10-2024 08:58 AM
c===8 replied at 21-10-2024 08:40 AM
kalau pihak hotel tanak ikut cakap menteri cemana?

tula kan
mcm xde pape je kalau tak ikut
bab kata pemain industri, pi la cari hotel lain

pastu pemain industri bising org pi bercuti kt hatyai
hohohoohoh
Quote Perawankota 21-10-2024 09:01 AM
pokokmeranti replied at 21-10-2024 08:51 AM
knp pemain industri tak nak tambah pekerja? nak jimatkan kos bayar upah?

Tu lah jawapan dia… selagi mana boleh jimat, dijimatkan.. bayar gaji upper management mahal2 ok, tapi utk staff bawahan dicatunya.. bukan semua lah tapinya..
Quote meah_kelabu 21-10-2024 09:16 AM
dia just ckp je kan bukan ade enforcement ape pn
kalo hutel xnak buat, still xde ape tindakan
Quote Thunderclouds 21-10-2024 09:36 AM
Muntri kuat mamam babi kt opis kna la buat² bz keje.
Enforcement mmg tadak lar.
Quote black_handbag 21-10-2024 10:00 AM
negara lain bleh buat nape msia xleh buat kan? iols selalu je checkin awal.. tapi checkout awal juga sbb tak kuasa nak tunggu smpi pkl 12 baru nak checkout. biasanya checkin pkl 2pm dan checkout pkl 10am
Quote JunkMail 21-10-2024 10:03 AM
Also boleh selaraskan harga bilik tak? Ni kau punya bilik tahap hotel ayam feeling nak charge 3-400 .. puihhhh
Quote MissVixen 21-10-2024 10:04 AM
Harga hotel semua dah naik dari harga sebelum covid. Lepas tu waktu nak dipendekkan pulak? Dalaman bilik sama je, servis sama... Naik untuk apa? Naik ratus2, bukan puluh2 je. Bila kena tegur, ada je seribu satu alasan. Menteri pun takat bagi statement, tindakan takde.
Quote ninja boy 21-10-2024 10:05 AM
Bukan xde org check out 8-10 mesti ada bilik boleh dibersihkan awal
Quote prettyuglybabe 21-10-2024 10:21 AM
agree.. kalau tak salah, dulu-dulu, check in pukul 12 check out pukul 12..
bila ramai dah mampu duduk hotel, start check in pukul 2 check out pukul 12..
but still ok la..
ni check in pukul 4 check out pukul 11 melampau sangat..
tak berbaloi dengan harga dibayar..
Quote eragon 21-10-2024 10:32 AM
22 jam pun dah kira ok. check-in 3 pm, check-out 1 pm.  Ini tak, dah bnyk yg suruh check-out 11 am. org baru selesai breakfast, healing2, mandi pool. nak siapkan anak2 lagi. baik takyah stay hotel kalau macam ni, terkejar kejar.
Quote kucingitam 21-10-2024 10:43 AM
Perawankota replied at 21-10-2024 08:42 AM
Mana cukupnyaaa 1 jam nak kemas ratus2 bilik tu oii.. kesian maid2 kena kerah.. dah lah guest2 ramai ...

hahah aku la ni kol 11 dah terpacak nak check in.. try luck je selalu.. bilik dah ready drg bagi je slalunya.. tak ready lagi kalu, kita park je luggage, register pastu merayau2 la sampai bilik ready. ada stgh2 hotel, once ko register tu, ko dah blh guna facility dia dah..
Quote hyie 21-10-2024 11:13 AM
ngko ajelah yang pegi kemas bilik2 tu esp bilik2 pak arab, bangla, indon, leluhur yenna, dan juga serambi. Nanti tahulah cukup ke idok nak kemas dalam masa 1 jam tu menurut pengalaman iols
Quote zamnie 21-10-2024 11:14 AM
Baguss..selalu kejap dah kena cek out
Quote kemaruk 21-10-2024 11:33 AM
Cakap memang senang

Sesenang hari ini kita menaaangggg, esokkk minyakk turuuunnnnn

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.204254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top