CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Kongsi Tips Kahwin Lelaki Duda Kehilangan Isteri - “Tips Dia Kena Tahu Dulu Apa Yang Kita Pilih"

21-10-2024 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14374| Komen: 29

 


Perkongsian usahawan Watie Hanifiah di Insta Story yang berkongsikan tip berkahwin dengan lelaki duda yang kehilangan isteri menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, Watie menjawab persoalan netizen yang meminta tips berkenaan daripadanya. Menurut Watie, wanita itu perlu banyakkan besabar  jika ada yang mahu berkahwin dengan lelaki duda kehilangan isteri.

Tambah Watie lagi, jika terasa di hati banyakkan selawat serta perlu meningatkan diri sendiri bahawa hidup, hati dan perasaan manusia adalah milik Allah.

 

“Tips dia kena tahu dulu apa yang kita pilih, jika itu pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar. Kalau ada benda terasa, cepat-cepat baca selawat. Cakap dalam diri ‘takpelah dunia hanya pinjaman’.


“Hidup, hati dan perasaan manusia ni Allah yang punya, kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita atau suami jadi tetap tak ada apa juga yang tinggalkan,” katanya.

Sementara itu, Watie berkata sentiasa berfikiran positif terhadap pasangan untuk elakkan masalah atau perselisihan faham serta sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi rasa kasih dan cinta dalam hati suami.

“Kalau kita berfikiran baik, insya-Allah ganjaran yang baik juga yang Allah beri. Yang penting kita yang kena selalu doa, minta kat Allah semoga Allah beri rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak untuk kita dan begitu juga kita pada mereka,” katanya.

Terdahulu, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 23 Jun 2023. Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

SUMBER: Rotikaya

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-10-2024 08:27 AM
Terpaling
Quote Perawankota 21-10-2024 08:46 AM
Aku sebenarnya agak menyampah nak baca or dgr orang2 cakap mcmni sebab mcm tak seiringan jer dgn dirinya
Quote Sendawg 21-10-2024 09:22 AM
Watie your only worth is to make an OF. Slut.
Quote prince_marhaen 21-10-2024 09:29 AM
terpaling tips... walhal first kenal soeb pun circle buah kana, fara pendosa, scammer, clubbing.... takkan la pandang rupa kan? mestilah pandang duit cuci cuci... hehehehehe
Quote kucingitam 21-10-2024 11:09 AM
terpaling kawin dgn duda..yiih
Quote pocongkiutss 21-10-2024 11:50 AM
So sebenarnya dia pregnant ke idok?
Quote jihyomelly 21-10-2024 12:06 PM
ni lagi satu non stop dari arwah ninggal cinta kawin tak abih2
Quote Prickford 21-10-2024 12:24 PM
Iolls paling tak berani nak bagi tips umah tangga dan juga mendengar tips dari orang lain. Rumahtangga ni takde manual book, laki kena pandai kemudi arah tuju. Dalam erti kata lain, kena pandai2 la menguruskan umah tangga. Tapi laki iolls plak ngan geng2 lepak dia, suka bebenor kongsi tips itu ini. Entah lah, jantan kan. Sekadar sembang buang masa lepak je kot.
Quote I.K.A888990 21-10-2024 12:28 PM
oh ingatkan kena pandai main golf tips dia
Quote selipar_hijau 21-10-2024 12:41 PM

Tambah Watie lagi, jika terasa di hati banyakkan selawat serta perlu meningatkan diri sendiri bahawa hidup, hati dan perasaan manusia adalah milik Allah.


Aku sorg je ke rasa melugai baca ayat2 dia ni
Quote putribonda 21-10-2024 12:52 PM
tips terpaling lah kau pun.
baru je kawin berapa lama tetiba tips.
ko duduk diam2 boleh tak.
yg tanya tu punnnnnnnn.
macam takdak orang lain kau nak tanya.
tanya jelah orang terdekat kau ke sedara2 jiran2..gigih nak tanya isteri artis.
yihhhhhh
Quote putribonda 21-10-2024 12:53 PM
selipar_hijau replied at 21-10-2024 12:41 PM
Aku sorg je ke rasa melugai baca ayat2 dia ni

u are not alone
Quote innocentsangat 21-10-2024 12:56 PM
No. 1 : Kaya.
No. 2 :
Quote sismarkonah 21-10-2024 01:30 PM

No. 1 : Kaya.
No. 2 : Tengok no 1
Quote mayaHD 21-10-2024 02:14 PM
bueeekkkk
Quote missyL 21-10-2024 03:43 PM
Geli aku pasangan ni
Sbb x lawa
Klo manis2 muka tu minat gak
Quote missyL 21-10-2024 03:44 PM
selipar_hijau replied at 21-10-2024 12:41 PM
Aku sorg je ke rasa melugai baca ayat2 dia ni

Hahahaha
Tnye laki tu kwsp dah settle ke
Settle hutang baru hati tenang
Quote missyL 21-10-2024 03:45 PM
Prickford replied at 21-10-2024 12:24 PM
Iolls paling tak berani nak bagi tips umah tangga dan juga mendengar tips dari orang lain. Rumahtang ...

Kan
Xde tips
Sbb rmh tangga masing2 laki bini masing2
Perangai x sama
Quote pocongkiutss 21-10-2024 04:05 PM
Geli..cuba tgk kalau soeb tu jatuh tertonggeng duit takda..betul2 sengkek..masa tu baru kau leh komen

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044257 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top