Baru-baru ini, penyanyi Stacy Anam mengumumkan penarikan diri daripada penganjuran Konsert Sumandak Stars serta pihaknya memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. Pengumuman itu dibuat pihak pengurusannya iaitu Rythm & Rhyme Entertainment menerusi akuan Instagram beberapa hari selepas sidang media konsert tersebut. Sementara itu, menerusi temu bual Hlive, Stacy berkata dia terpaksa menarik diri kerana ada syarat yang diletakkannya tidak dipatuhi pihak penganjur. “Sebenarnya sewaktu pertama kali ditawarkan untuk terlibat dengan konsert ini, saya tolak. Pada awalnya konsert ini diberi nama Bella And Friends. Tetapi saya tolak disebabkan ada kerja lain. “Bila saya terima saya ada letakkan beberapa syarat. Penting untuk mereka tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh,” katanya. Menurut Stacy lagi, dia membuat keputusan menarik diri kerana memikirkan reputasi kerjaya seninya dan mereka tidak mengikuti apa syarat-syarat yang telah dinyatakan.
“Mereka sendiri pun belum ada ‘soft lock’ ataupun kontrak sebab saya mungkin orang terakhir untuk beri pengesahan. Jadi saya masih ada masa untuk tarik diri atau tidak mahu terbabit. Tambah Stacy lagi, poster konsert tersebut turut menjadi salah satu punca mengapa dia menarik diri kerana ia berbeza dengan apa yang dibincangkan. Katanya lagi, pada awalnya menganggap ianya kesalahan teknikal namun terkilan apabila mendapat tahu gambar itu sudah ada draft pertama dari awal lagi.
|
ADVERTISEMENT