PETALING JAYA – Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan inisiatif untuk membuat pemotongan sebanyak 20 peratus gaji tahun hadapan. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak akan menerima gaji menerusi pelaksanaan Belanjawan 2025. “Menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji,” katanya hari ini. Anwar berkata, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen juga akan dibuat secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara. Katanya, pelarasan itu akan mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Atas keprihatinan permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atas kepimpinan mereka.
“Barisan pengurusan tertinggi Gred Utama turut menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah SSPA,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
samsurfer replied at 19-10-2024 06:21 PM
Elaun ambik tak?
Orix replied at 21-10-2024 04:02 PM
cuba specify gaji apa ko x amek ??? gaji sbg ahli parlimen kah ??? gaji sbg piyem kah ??? gaji sbg m ...
ADVERTISEMENT