CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NASA sedia ‘bala tentera’ hadapi ‘serangan’ asteroid

19-10-2024 06:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 57230| Komen: 12

 


WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menggunakan 1,000 kapal angkasa dan letupan nuklear untuk melindungi Bumi daripada serangan asteroid, lapor laman berita The Sun UK kelmarin.

NASA membuat rancangan itu berdasarkan pengetahuan mereka tentang asteroid yang pernah menghapuskan dinosaur 66 juta tahun lalu. Ia digariskan dalam Strategi Persediaan Nasional dan Pelan Tindakan.

Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata: “NASA komited untuk melindungi Bumi daripada asteroid dan komet yang berpotensi membawa bahaya.”

Letupan nuklear juga adalah kaedah lain yang sedia untuk digunakan bagi melindungi Bumi.

Agensi milik Amerika Syarikat (AS) itu berkata, ia merancang untuk mengerahkan sebanyak 1,000 kapal angkasa yang direka untuk merempuh asteroid dan mengubah trajektorinya.

Sebelum ini, NASA berjaya menunjukkan teknik tersebut pada tahun 2022 yang membuktikan bahawa Bumi mempunyai pertahanan yang berdaya maju terhadap ancaman dari angkasa lepas. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 19-10-2024 08:25 AM
Bruce Willis ada dalam list...
Quote zorrro_03 19-10-2024 09:26 AM
natang nak tunjuk hero.  
Quote airfilterkotor 19-10-2024 06:34 PM
Jadi konfius jap bila baca artikel translasi Eng-Malay.
Maksud sebenar artikel tak sampai dan tak cukup lawas.
Quote Tinot7 19-10-2024 07:00 PM
Dwdrum replied at 19-10-2024 08:25 AM
Bruce Willis ada dalam list...

List apa ni?
Quote jiwasemangat 20-10-2024 06:54 AM
Hidden reason la tuu. Nanti² dia guna reason nii nak konyr
Quote jiwasemangat 20-10-2024 06:54 AM
Nanti dia guna reason ni utk kontrol negara org lain..
Quote Dwdrum 20-10-2024 07:57 AM
Tinot7 replied at 19-10-2024 03:00 AM
List apa ni?

Article reporter tulis seperti buat short review...aku suggest actor lah...armageddon... Bruce willis...ben affleck and liv taylor...terus ingat movie ini


[youtube]Jz8TZrGAoiU[/youtube]
Quote Matyam 20-10-2024 08:27 AM
Dwdrum replied at 20-10-2024 07:57 AM
Article reporter tulis seperti buat short review...aku suggest actor lah...armageddon... Bruce wil ...

Wow ben affleck masa ni bergetar peranakan sis
Quote Tinot7 20-10-2024 09:55 AM
Dwdrum replied at 20-10-2024 07:57 AM
Article reporter tulis seperti buat short review...aku suggest actor lah...armageddon... Bruce wil ...

Lorr.. ingatkan list apa tadi
Quote airfilterkotor 20-10-2024 10:35 AM
Filem tu mengarut jer.
Instead of ko buleh detonate nuke depan/sisi trajektori segerombolan asteroid, kenapa perlu bersusah nak landing dan tanam nuke?

Kalau korang penah dengar la apa komen Chris Hadfield tentang filem ni, memang kelakar.
Quote nisako 21-10-2024 08:12 AM
mcm mcm
Quote malarky 21-10-2024 09:59 AM
Dwdrum replied at 19-10-2024 08:25 AM
Bruce Willis ada dalam list...

dia dah pencen ... masalah memori

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036595 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top