CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MALBAT boleh serang balas tentera Israel jika kedudukan diancam - Khaled Nordin

18-10-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15529| Komen: 15

 


KUALA LUMPUR: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh membuat serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka diancam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata serangan balas itu selaras garis panduan mengenai langkah perlindungan seperti yang ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

"Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk 'self defence' (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.

"Tetapi kalau untuk lakukan 'offensive attack' (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini adalah sebagai pengaman. Kalau dia diserang (dan) untuk 'self defence' (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan," katanya.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada pasukan MALBATT Malaysia di Lubnan boleh membuat serangan balas jika diserang tentera rejim pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Malaysia masih mengekalkan kedudukan pasukan itu di Lubnan dan sebarang keputusan pengunduran MALBATT serta pasukan pengaman negara lain akan diputuskan oleh UNIFIL.

Mengambil contoh Indonesia, beliau berkata, biarpun ada tenteranya dilaporkan tercedera susulan serangan tentera Israel, kerajaan negara itu memutuskan kedudukan pasukan mereka terus di sana kekal.

"Kita terima hakikat ancaman memang semakin meningkat dan semua perkara yang dilalui itu adalah di bawah kawalan UNIFIL. UNIFIL sudah letakkan garis panduan antaranya soal semua ancaman dan cabaran dihadapi tertakluk kepada tindakan langkah perlindungan.

"Kita memang sudah ada pelan jika keadaan meruncing, tapi keputusan akan dibuat oleh UNIFIL. Kedudukan di sana, kita di bawah perintah UNIFIL dan mereka yang akan buat keputusan, sama ada kita undur atau tidak, bergantung kepada UNIFIL dan persetujuan 50 negara yang hantar pasukan pengamalan termasuk kita," katanya.

Mengulas fasiliti rawatan di sana, beliau berkata, kemudahan dewan bedah sememangnya disediakan UNIFIL, selain hospital tempatan.

"Dewan bedah memang ada fasiliti di UNIFIL. Ada 50 negara lain terbabit. Dalam soal menyediakan dewan bedah, maka itu diambil tanggungjawab dan disediakan sendiri oleh UNIFIL dan ia terletak kira-kira satu jam dari kem MALBAT kita.

"Sementara di kem kita, ada kemudahan asas untuk rawatan tahap dua dan pada masa sama, kita juga bekerjasama dengan hospital tempatan (di Lubnan)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima anggota pasukan pengaman UNIFIL cedera ketika Israel melakukan serangan terhadap Hizbullah ke selatan Lubnan.

UNIFIL membabitkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota tentera dari sekitar 50 negara yang ditugaskan untuk memantau gencatan senjata yang mengakhiri perang selama 33 hari pada 2006 antara Israel dan Hizbullah.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 18-10-2024 07:27 PM
I thought Malbatt don't carry weapons with them? Has it changed? If they're allowed now then ok lar.
Quote kakikuDibibirmu 18-10-2024 07:31 PM
Malbari jual kain tersenyum sinis
Quote Radzor 18-10-2024 07:36 PM
mawardia replied at 18-10-2024 07:27 PM
I thought Malbatt don't carry weapons with them? Has it changed? If they're allowed now then ok lar. ...

kata menteri mesia
Quote Farnor 18-10-2024 07:40 PM
Goo goo Malbatt. Menteri pun jgn lah uar2 dulu.. Simpan rahsia tu. Hehe
Quote Skuau 18-10-2024 08:35 PM
Radzor replied at 18-10-2024 07:36 PM
kata menteri mesia

.....yg sedap jer duk kt kerusi empuknya.
Quote izwan_izi 18-10-2024 09:01 PM
mawardia replied at 18-10-2024 07:27 PM
I thought Malbatt don't carry weapons with them? Has it changed? If they're allowed now then ok lar. ...

Sejak zaman MALBAT di Congo lagi mmg diaorg ada bawak senjata...

Quote izwan_izi 18-10-2024 09:04 PM
mawardia replied at 18-10-2024 07:27 PM
I thought Malbatt don't carry weapons with them? Has it changed? If they're allowed now then ok lar. ...

Sejak zaman MALBAT di Congo lagi mmg diaorg ada bawak senjata...

Quote ultra78 18-10-2024 09:10 PM
Memang boleh serang balik. Tapi lepas tu IDF balas serangan dengan jatuhkan bom. Kena ingat senjata UNIFIL ni terhad aje. Senjata mereka bukannya untuk berperang dengan tentera lain. Tugas mereka menjaga keamanan seperti polis aje.
Quote ladybugz 18-10-2024 09:28 PM
hmm org lain semua play by the rules. israhel tu mana ada. mmg kalah la klu nk lawan. awl2 dh x adil.
Quote pooh~key 18-10-2024 09:44 PM
ladybugz replied at 18-10-2024 09:28 PM
hmm org lain semua play by the rules. israhel tu mana ada. mmg kalah la klu nk lawan. awl2 dh x adil ...

Its already a war dekkkkk… mana ada istilah “play” dekkkk… ko hengat ni main batu seremban tingting congkak ke dekkkk?
Quote star_karat 19-10-2024 12:10 AM
Nanti lagi 10 tahun askar Malbatt ni tak habis cerita pengalaman kat Beirut. Dah pencen pun ulang cerita pengalaman  tak dapat di lupa kan semasa di Beirut. Keluar kat Mastika.
Quote Firenzza 19-10-2024 08:52 AM
Muntri ni dgn malbatt pun sengal.....ko ingat Israel tu tembak guna pistol air kerr? Sedangkan pulis yg jga keamanan pun blh tembak org awam yg ancam nyawa ......nanti korang tembak pun kena pertikai gak pastu kuar rules baru suh selfie dgn musuh sblm tembak sebagai bukti....mmg hampeh dpt muntri lembik nih
Quote Firenzza 19-10-2024 08:56 AM
star_karat replied at 19-10-2024 12:10 AM
Nanti lagi 10 tahun askar Malbatt ni tak habis cerita pengalaman kat Beirut. Dah pencen pun ulang ce ...

Terpaling hero selamatkan askar usa yg tinggal nyawa2 ikan black hawk dawn kannnn? Klau usa rasa terhutang budi dgn sojar msia dah lama diorg panggil bagi pingat
Quote nusaraya 19-10-2024 10:25 AM
Edited by nusaraya at 19-10-2024 10:41 AM

X Sedar ...Gejala penyakit Malaysiawi-nya muncul lagi...

Merasa menjadi tentara paling Jaguh,  paling hebat. paling power di seluruh dunia etc etc sekarang terlihat menjangkit di MALBAT ini ...
Quote Binodino 19-10-2024 04:36 PM
Nak jadi pengaman apanya kalau tengah syok perang. Berundur je la. Follow sangat UN. UN tu dari dulu jadi barua amerika, zionis. Berundur je la. Baik jaga sempadan negara ni haa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047226 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top