TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengundang perhatian ramai kerana mempunyai empat isteri dan dua teman wanita dalam satu masa, lapor portal berita South China Morning Post semalam. Ryuta Watanabe, 36, berhasrat untuk memiliki seramai 54 orang anak. Menurut Watanabe, dia tidak bekerja selama 10 tahun dan hidup di bawah tanggungan isteri-isteri dan dua kekasihnya. “Saya mengambil peranan seperti memasak, membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak. “Perbelanjaan isi rumah yang mencecah 914,000 yen (RM26,300) sebulan dibahagikan antara semua isteri dan teman wanita saya,” kata Watanabe. Watanabe bertemu dengan kekasihnya melalui media sosial, manakala isteri-isterinya diiktiraf sebagai pasangan hidup tanpa pendaftaran rasmi. – AGENSI Sumber : – KOSMO! ONLINE. |
pokokmeranti replied at 18-10-2024 11:01 AM
wanita malaysia ambillah kisah di atas untuk meningkatkan martabat hidup.
green~tea replied at 18-10-2024 05:22 PM
Ingat senang ke nak menten tegang untuk 4 bini
kepompong replied at 18-10-2024 11:40 PM
kalau buat kerja rumah & jaga anak, taklah dinamakan biawak. Biawak is biawak. contoh biawak betina ...
insulin replied at 18-10-2024 11:39 PM
Mohon sis kongsikan petua2 yang berguna untuk orang2 lelaki.
Shayang replied at 18-10-2024 01:46 PM
Kalau bini2 ok takde hal pun
Maybe bini2 tu cuma perlukan cik nek dan benih dia je
ADVERTISEMENT