CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita UK lega jatuh sakit di Malaysia - “Pengalaman saya dengan penjagaan kesihatan di Malaysia adalah hebat, saya rasa bersyukur"

17-10-2024 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31327| Komen: 41

 


PETALING JAYA – Seorang wanita dari United Kingdom memuji kecekapan perkhidmatan kesihatan di Malaysia selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital di sini baru-baru ini.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu menceritakan pengalaman menjalani pembedahan apendiks dan meluahkan rasa kagum terhadap sistem perubatan Malaysia yang dianggap pantas dan cekap.

“Sembilan hari lalu, saya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Malaysia. Pada awal pagi Rabu, saya terjaga dengan rasa sakit perut yang teruk.

“Saya menyangka (sakit) akan hilang, tetapi ia makin bertambah sehingga muntah dan menggigil,” katanya menerusi video tersebut.

Menurut wanita itu, dia tiba di hospital pada pukul 11 pagi. Dalam tempoh dua jam selepas ketibaannya, dia sudah menjalani beberapa ujian termasuk ujian darah, sampel air kencing dan a CT scan.


Ujian itu mengesahkan bahawa wanita asing tersebut mengalami apendiks yang memerlukan pembedahan segera.

“Saya sangat takut kerana perlu menjalani pembedahan memandangkan tidak pernah melaluinya sebelum ini. Menakutkan kerana saya berada jauh hanya ditemani suami, Sam dan anak-anak,” tambahnya.

Proses pembedahan berjalan lancar yang mana wanita itu masuk ke dalam bilik bedah sekitar pukul 5 petang dan selesai tiga jam kemudian iaitu kira-kira sembilan jam selepas tiba di hospital.

Wanita itu juga memuji kemudahan hospital yang membolehkan dia dan keluarganya menaik taraf bilik mereka kepada bilik VIP yang dilengkapi dengan ruang makan, ruang tamu, dan bilik tidur yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Namun, selepas lima hari, wanita tersebut mengalami alahan terhadap antibiotik yang diberikan menyebabkan dia dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Walau bagaimanapun, dia kini telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah untuk rawatan susulan.

“Pengalaman saya dengan penjagaan kesihatan di Malaysia adalah hebat, dan saya rasa bersyukur perkara ini berlaku di sini,” katanya.

Sementara itu, dia turut memberitahu jumlah kos rawatan termasuk pembedahan, ubatan dan penginapan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak RM40,582.

“Kesemuanya dibayar oleh syarikat insurans dan kami tidak perlu membayar walaupun satu sen,” ujarnya. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 18-10-2024 12:37 AM

The question is  --- Which hospital?
Quote B40tastePosh 18-10-2024 04:45 AM
Iye iye je syarikat insurans bayar.
Quote Jikookie 18-10-2024 06:35 AM
Swasta kah? Kalau swasta mmg la laju kan? Janji ada duit
Quote Tinot7 18-10-2024 06:37 AM
Iols speku spital swasta..
Mana bideo tiktok dia?
Quote zuriey 18-10-2024 06:40 AM
Kalau dkt hosptl gomen tiber minah saleh ni dpt bilik vvip harus di maki netizen
Quote shamsadis 18-10-2024 07:52 AM







iklan.....


Quote FOTHER-MUCKER 18-10-2024 08:24 AM
Jika di Malaysia hospital swasta pun masih mampu. Jika di uk harga  katil sahaja untuk satu malam £2000 itu belum termasuk doctors..ubatan.. etc etc.

Jika nhs nak tunggu katil 8,9,10 jam belum tentu ada.
Quote supernaturalee 18-10-2024 08:27 AM
Menakutkan kerana saya berada jauh hanya ditemani suami, Sam dan anak-anak


eh...laki dgn anak2 ada sama perfect lah tu
ko nk sekampung ada sama ke

Quote jejai 18-10-2024 08:30 AM
malaysia ni bagus dalam banyak benda sebenarnya. kalau selalu jalan2 ke negara jiran rasa bersyukur sangat dengan sistem takbir di malaysia tapi orang kita ni tetap merungut je tak habis2 berpolitik. tak ada negara yang perfect tapi pada aku malaysia dah terbaik
Quote jejai 18-10-2024 08:31 AM

spital kerajaan bayar RM1 kadang2 RM5. negara lain berapa?
Quote jiwasemangat 18-10-2024 08:34 AM
Apa ingat hospital swasta kat Malaysia nii totally owned by Malaysian saja kerr..? Banyak saja hospital swasta yg penuh dgn saham milik foreigner. RM40 k dalam pound berapa sangat dlm RM maybe  7,232.85 jerr pongg. (1 British Pound= RM5.61)
Quote FOTHER-MUCKER 18-10-2024 08:39 AM
Di uk kerajaan memerintah semakin terlalu bodoh, uk sedang menuju kehancuran. Starmer terlalu memihakan kepada pendatang haram.

Saya dah tak boleh lagi tengok News, jika tengok News …..

Jika kau orang nak tau sedikit sebnyk keadaan sebenar di uk sekarang boleh tengok GBNEWS di YouTube

Quote brown_pupil 18-10-2024 09:03 AM
Penah tengok TT pempuan ni.. dia admid kat Pantai rasanya. Dia memang tak bayar sebab sebelum blah dari UK, dia dah amik travelling insurance. Dia org ni satu family nak migrate ke Oz cuma belum dpt greenlight nak masuk.
Quote orkid_amani 18-10-2024 09:10 AM
brown_pupil replied at 18-10-2024 09:03 AM
Penah tengok TT pempuan ni.. dia admid kat Pantai rasanya. Dia memang tak bayar sebab sebelum blah d ...

Kalau ada travelling insurance mmg laa private accept..money..money..40k myb sikit bgdia tp besaq nilai di utk maheran kita
Quote rikiruj 18-10-2024 09:22 AM
moral of the story.. gi travel mana2 sila ambik travel insurance.. jgn sebab nak jimat, bila sakit kat negara orang mula buat donation drive..
Quote Prickford 18-10-2024 12:46 PM
FOTHER-MUCKER replied at 18-10-2024 12:24 AM
Jika di Malaysia hospital swasta pun masih mampu. Jika di uk harga  katil sahaja untuk satu malam £ ...

Aunty iolls muntah2 dekat UK, gi spital amik kau kena 10K (convert duit kita). Org berduit ok la. Kot kena yg jenis bragging travel tapi duit poket takde, insuran pon tak amik, mmg masak la.

Quote jazaa100 18-10-2024 01:16 PM
Iyalah.....
Sbb currency UK tgi berbanding Msia....klu org msia sakit kat UK....Nangis Ooo.....
Quote jazaa100 18-10-2024 01:17 PM
zuriey replied at 18-10-2024 06:40 AM
Kalau dkt hosptl gomen tiber minah saleh ni dpt bilik vvip harus di maki netizen

Hosp gomen pun klu ada duit, cepat je dpt rawatan.....ckp kita willing nk byr brp pun kos rawatan
Quote jazaa100 18-10-2024 01:20 PM
jejai replied at 18-10-2024 08:31 AM
spital kerajaan bayar RM1 kadang2 RM5. negara lain berapa?

Klu konoha....takkn dpt mcm tu....
Mahal....yg pegi hosp tu, yg ada duit je....

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.289201 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top