CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vivy Yusof Mahu Jual Semua Koleksi Beg Tangan Jenama Mewah – ‘Saya Harus Melepaskan Juga, Akan sumbang sebahagian hasil jualan kepada Palestin" ...

17-10-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 95791| Komen: 1500

 


Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof ingin menjual semua koleksi beg tangan mewah miliknya dengan tujuan sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Mengakui berat hati untuk melepaskan, Vivy, 36, berkata, dia mula mengumpul koleksi beg tersebut sejak 20 tahun lalu dengan usaha kerasnya sendiri.

 

"Tidak pernah menjangka harinya akan tiba. Semua beg ini mempunyai makna untuk saya sejak dahulu lagi.

"Saya kumpul beg-beg ini selama 20 tahun dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tetapi saya harus melepaskan juga.

"Saya akan simpan satu yang paling ada nilai sentimental, tetapi kebanyakkannya saya akan jual."


"Saya akan sumbang sebahagian hasil jualan kepada Palestin."

Dalam pada itu, Vivy memberitahu, dia akan memuat naik gambar serta harga setiap koleksi beg di sebuah akaun yang memang diwujudkan khas menjual barang terpakai miliknya iaitu @vivy_preloved.

Sementara itu, di ruangan kapsyen, usahawan tersebut berkata, versi dirinya yang terkini tidak lagi menggayakan beg jenama mewah berkenaan.

"Koleksi berharga saya yang berkhidmat untuk saya dengan baik, tetapi saya yang baharu ini tidak lagi menggunakan mereka (beg). Harap anda boleh memberi mereka rumah yang baik."



Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 17-10-2024 11:45 PM
Sampai satu tahap Allah tarik nikmat nk semua tu..alhamdulillah Vivy.terus istiqamah ya
Quote pocongkiutss 17-10-2024 11:46 PM
Hmm ..kalau dia tak dermakan pun bukan org check kan?
Quote slyfynx 17-10-2024 11:54 PM
Vivi Ornitier ni seorang retis ke?
Quote DARSITA 18-10-2024 12:04 AM

Dia boleh la beli sebab dpt investment/loan dari kerajaan kan?

tak silap tak untung pun bisness dia.
Quote mata_kucing 18-10-2024 12:40 AM
Dh gulung tikar ke
Quote Whitney72 18-10-2024 12:43 AM
DARSITA replied at 18-10-2024 12:04 AM
Dia boleh la beli sebab dpt investment/loan dari kerajaan kan?

tak silap tak untung pun bisness d ...

Kan..Khazanah Nasional...tp rugi je manjang..sampai dipertikaikan oleh rakyat jelata
Quote kucim 18-10-2024 02:17 AM
Jual la sebab semua2 tu akan dihisab kelak
Quote Heydidle 18-10-2024 02:31 AM
Sheols refine hidung ke?
Quote nia_salina 18-10-2024 02:56 AM
omgggg banyak nya beg dia. like too many is too many. tiber tringat hanis kt rumah sebelah pernah masuk mags sambil tayang beg2 dia huhu
Quote bioessence 18-10-2024 04:17 AM
DARSITA replied at 18-10-2024 12:04 AM
Dia boleh la beli sebab dpt investment/loan dari kerajaan kan?

tak silap tak untung pun bisness d ...

Dapat duit terpijak
Joli la apa lagi
Bisnes acumen warisi dari mentua scammer
Quote bioessence 18-10-2024 04:18 AM
pocongkiutss replied at 17-10-2024 11:46 PM
Hmm ..kalau dia tak dermakan pun bukan org check kan?

Biasa derma Palestine ni menipu je
Quote miracle_forever 18-10-2024 05:02 AM
sheols kata dah collect designer handbags lbh 20 tahun… so masa high school dah start collect la kan sbb dia baru 36 y.o. wah wah untung la lahir dlm dulang emas… kecik2 dah kelek designer handbags… hard-earned money katanya. sheols dah keje part-time ke masa high school tu?
btw… aneh mak itik tetiba nak jual her handbag collections. itik dah nak bungkus ke? new collection pun design hauk… dah tak hot mcm dulu2. dah berbulan2 pun masih ada stock online. ulang2 design monogram kejap jadi 3D, kejap monochrome, sat lagi release yg  multicolour pulak. ulang2 design monogram sampai AJM.
Quote stingerbumpy 18-10-2024 05:14 AM
Good move...sebelum datang bankrupt petition.....
Quote AkokKocik 18-10-2024 05:18 AM
Beg klu dah terlalu banyak pun dah mcm xde nilai.
Quote alesandra 18-10-2024 05:24 AM
Getik nyer aku dengar perkataan hasil titik peluh
Quote katakauu 18-10-2024 05:25 AM
Semua bag xde kotak tp peminat tudung die bangga simpan kotak dia hahahahhahahaha kemudiannya  minta support lokal tp kau xpernah beli beg dak christyNgg memanjang dak vuittoon
Quote Naftalena 18-10-2024 05:26 AM
Ada tak yang vivi nak jual bawah RM50?

Quote jee72 18-10-2024 06:12 AM
Sebenarnya ramai influencer di us dah jual koleksi handbag branded sejak kantoi kos sebenar cuma 10% dari harga jualan. Google je dkt youtube
Quote Lailerthee 18-10-2024 06:54 AM
miracle_forever replied at 18-10-2024 05:02 AM
sheols kata dah collect designer handbags lbh 20 tahun… so masa high school dah start collect la ka ...

I pernah baca blog dia dulu. Dia mmg selalu beli handbag guna credit card ayah dia. Tpi i xegt lps tu dia bayar balik mcm mne sebab ayah dia akan buat dia tulis surat and sign cara nk bayar tu

Lihat semua komen(1500)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.221470 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top