CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bukan Senang Jadi Suami, Bukan Mudah Jadi Isteri’ – Ozlynn

17-10-2024 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24958| Komen: 7

 


Pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, menegaskan tentang kepentingan komunikasi antara suami dan isteri serta anak-anak.


"Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga."

"Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak."

"Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah."

Menurut isteri kepada penyampai radio Johan itu berkata, berselisih pendapat adalah asam garam di dalam rumah tangga.

Justeru itu, suami dan isteri perlulah menjadi pendengar yang baik di antara satu sama lain dan peka dengan keperluan anak-anak.

"Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.

"Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati."

"Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni."

"Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan."

Dalam masa yang sama, aktres berusia 43 tahun tersebut juga menasihati supaya pasangan suami isteri mengurangkan masa mereka bermain telefon.

"Kurangkan masa dari media sosial dan bermain telefon, yang boleh melalaikan kita dan anak-anak.

"Berjayanya kita bila lebihkan masa dengan Al-Quran dan faham setiap bacaan."


Untuk info, sepanjang perkahwinan Ozlyn dan Johan memiliki enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 18-10-2024 08:29 AM
Tak payah nak jadi terpaling mithali sangat laaaa..panjang lagi perjalanan rumahtangga tu.
Quote deebiz14 18-10-2024 08:40 AM
Malas nak bace citer ko panjang lebar. Semoga kekal bahagia lah, hingga ke jannah.

Cumer nak komen, kan nmpk helok tertutup camtu. Nmpkla feminin sikit. Dulu freehair nmpk kasaq naww cam jantan.
Quote adeqbun 18-10-2024 09:22 AM
die suruh kurgkan masa bermain hfon padahal post die kemain berjela2 pjg...bkn ke ambik masa jugak tu nak mengarang.
Quote Shayang 18-10-2024 09:24 AM
Mcm mana nk kurangkan main tepon, nnt tak dapat bca karangan kamu plak
Quote ekselen 18-10-2024 10:00 AM
adeqbun replied at 18-10-2024 09:22 AM
die suruh kurgkan masa bermain hfon padahal post die kemain berjela2 pjg...bkn ke ambik masa jugak t ...

hmm...bkn ckp apa.. manusia mmg cepat lupa.. apa dia buat dia x ingat..bila berubah tetiba terus nk nampak terlalu baik.. tetiba cerita mcm dia lah terpaling bagus dlm agama.. sbb tu nk berubah diam2 xpyh nk nasihat lelebih kt org luar sbb bila diri sendiri yg buat terus jadik x ingat dh nasihat tu..
Quote jalfa 18-10-2024 10:38 AM
Cantiknya ozlyn
Quote apedehal 18-10-2024 11:00 AM
adeqbun replied at 18-10-2024 09:22 AM
die suruh kurgkan masa bermain hfon padahal post die kemain berjela2 pjg...bkn ke ambik masa jugak t ...

Tu belum lg tulis padam memikior tulis padam sblm post

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.107121 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top