Pasangan selebriti Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum. Baru-baru ini pasangan itu ada memuat naik gambar meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka Ungku Indra Puteh Al Maajid kini berusia setahun. Namun, wajah putera mereka itu dikaburkan dalam setiap gambar yang dikongsikan.
Sementara itu, diruangan komen Ungku Ismail dilihat menjelaskan tindakan tersebut adalah bagi menghindari perkara tidak baik berlaku pada anak mereka. Dalam masa yang sama, Ungku Ismail berkata dia juga mahu menjaga privasi keluarganya dan keidupan peribadi mereka bukan untuk dipertonton kepada umum. “Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak. “Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi. Kami kongsi seadanya, sekadarnya. Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab. Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya,” tulisnya. Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 10 Oktober 2023. Sumber : Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|