CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh dengan suami, Ibu dikecam paksa anak duduk atas kompresor ‘aircond’ tingkat 23

17-10-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14819| Komen: 20

 


BEIJING – Seorang wanita di China menerima kecaman ramai selepas memaksa dua anaknya duduk di atas kompresor penyaman udara yang diletakkan di luar pangsapuri tingkat 23, lapor portal berita South China Morning Post.

Dia bertindak demikian kerana mahu mengancam suaminya dalam kejadian yang berlaku di Luoyang, wilayah Henan pada 10 Oktober lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Weibo menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-teresak ketika duduk di atas kompresor bersama saudara lelakinya. 

Ibu mereka pula duduk di tepi tingkap sambil bertengkar dengan si bapa. Wanita tersebut turut menghalang suaminya daripada mendekati kanak-kanak itu.

Dua beradik itu dilihat tidak memakai sebarang peralatan kecemasan atau perlindungan semasa kejadian.

Seorang pegawai Persekutuan Wanita dan Kanak-Kanak tempatan berkata, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. 


“Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 55 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai orang. 

“Seorang ibu harus melindungi anak tetapi dia meletakkan anak-anaknya dalam bahaya. Dia tidak sesuai menjadi seorang ibu,” sindir seorang netizen. – AGENSI 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Butterfly41 17-10-2024 11:07 PM
Orang beranak, dia pun nak beranak.
Quote Skuau 17-10-2024 11:09 PM
Butterfly41 replied at 17-10-2024 11:07 PM
Orang beranak, dia pun nak beranak.

...onglain ank duk atas kerusi...ank dia duk atah kompresor...pulok.
Quote Butterfly41 17-10-2024 11:11 PM
Skuau replied at 17-10-2024 11:09 PM
...onglain ank duk atas kerusi...ank dia duk atah kompresor...pulok.

Compressor tingkat 23 tu. Gila parents macam ni.
Quote Jikookie 18-10-2024 06:45 AM
Gaduh dgn partner ni, itu antara engkorang berdua je. Tak perlu libatkan anak2. Dah la anak2 pun kecik lagi, bukannya tahu apa pun
Quote Jikookie 18-10-2024 06:46 AM
Kesian tgk anak2. Aduh lah, mak jenis apa macam ni
Quote FrankFr 18-10-2024 06:48 AM
Thank you for your recommendations, now they are also interested in this topic.
Quote venom1 18-10-2024 07:20 AM
soon akan jadi ikutan buat ibu di Malaysia nanti
Quote shernazz 18-10-2024 08:01 AM
Patut mak dia dok kat kompressortu
Quote A-Are 18-10-2024 08:06 AM
cina china kalau gaduh laki bini mmg next level ya...
Quote Cassieopeia 18-10-2024 08:20 AM
dia gaduh ngn laki anak jd mangsa. tu kalau anak jatuh mati tak pasal je
Quote syazwan92 24-10-2024 09:57 AM
PRC mmg bangang eh..tak fikir safety untuk anak2
Quote bebulu 24-10-2024 10:09 AM
Bingung mak budak ni. tak boleh membayangkan berada kaki tergantung pada tempat tinggi gini. Rasa tapak kaki, hujung ibu jari tu lain macam je. Seriau.
Quote borrow 24-10-2024 10:13 AM

w434.jpg

link vid : https://www.douyin.com/video/7424021417357774107
Quote slyfynx 24-10-2024 10:36 AM
x mampu dok atas BWM 255 kompressor, dok atas compressor aircond pun jadi la
Quote B40tastePosh 24-10-2024 10:58 AM
Lain kali kalau gaduh jangan ngeseks sambil guna Aircond....naye dapat anak duduk atas compressor.

Kepantangan Jawa
Quote TOPwind 24-10-2024 11:36 AM
Butterfly41 replied at 17-10-2024 11:07 PM
Orang beranak, dia pun nak beranak.

tapi syurga di kaki IBU

cam ne tu
Quote trisnalovezul 24-10-2024 02:06 PM
Wanita msia kan.apa nk hairan
Quote allshares 24-10-2024 03:51 PM
trisnalovezul replied at 24-10-2024 02:06 PM
Wanita msia kan.apa nk hairan

Ko sekolah ke tak? Masuk SD ke tak kat yindon sana? Beijing, China dlm negara Malaysia?
Quote Firenzza 24-10-2024 05:28 PM
Klau kt sini mak bapak tu blh kena jel

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076463 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top