Nama masuk dalam ‘senarai untuk dihalalkan’, penyanyi dan pelakon terkilan apabila status disandang menjadi bahan permainan segelintir pihak. Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tiada insan mahu menempuh kegagalan rumah tangga, sekali gus membuatkannya sedih diperlakukan sedemikian. “Saya rasa sangat sedih apabila nampak nama di situ dan kemudian dijadikan jenaka. “Inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya, mungkin sebab kita dah bercerai dan masuk senarai janda. “Tiada siapa ingin berkahwin dan merancang untuk bercerai. Saya cuma mahu jalan ke depan,” katanya selepas sidang media Konsert A Night With Sumandak Stars, semalam.
|
melinda_kerr replied at 17-10-2024 08:41 AM
aku rs die betahan lamanya dgn lelaki tu sbb takut dgn status ibu tunggal. hopefully berjumpa jodoh ...
AWEKSAMURAI replied at 17-10-2024 08:59 AM
Huh apa lagi...aku g memana pc media x pnah plak dgr org sebut dia janda ke hape. Tang mana status d ...
ADVERTISEMENT