CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja swafoto tepi tebing hilang ‘ditelan’ ombak masih belum ditemui

17-10-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14547| Komen: 19

 


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang remaja lelaki ‘ditelan’ ombak ketika merakam gambar di tebing batu sebuah pantai di Tulungagung, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Pantai Kedung Tumpang pada 13 Oktober lalu. 

Ketua Polis Pucanglaban, Inspektor Bambang Kurniawan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Roni Josua, 20, berkunjung ke pantai itu bersama 16 rakannya. 

“Mangsa sempat merakam beberapa gambar di tepi tebing berlatarbelakangkan pantai sebelum ditelan oleh ombak.

“Dia kemudian terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang. 

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu mangsa kerana ombak terlalu besar semasa kejadian,” kata Bambang. 

Rakaman di platform TikTok oleh akaun @tiangsinaga0411, menunjukkan Roni yang berada di tepi tebing dihanyutkan ombak kuat sebelum hilang. 



Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Pos SAR Trenggalek, Nanang Pujo berkata, sebanyak tiga unit dikerahkan untuk mencari dan menyelamat mangsa. 

“Dua pasukan memantau dari darat, manakala satu lagi dikerahkan ke laut menggunakan bot,” tambah Nanang Pujo. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-10-2024 08:37 AM
Tempat punya la lawo.
Tp hmm.. Tu lah. Spesis iq 2 digit.
Quote akies 17-10-2024 09:01 AM
Membahayakan diri sendiri
Quote Jikookie 17-10-2024 09:53 AM
Demi gambar cantik, sangat gadaikan nyawa sendiri
Quote pokokmeranti 17-10-2024 10:18 AM
kenapa di musim taufan, ribut dan banjir nie ramai manusia yg tak faham bahawa tepi pantai, laut, sungai adalah kawasan yg patut dijauhkan. sengaja tempah maut
Quote nisako 17-10-2024 10:55 AM
sia sia je
Quote PULANGKAN 17-10-2024 11:01 AM
cantiknya pantai tu

semoga mangsa ditemui selamat hendaknya, insyaallah, amin
Quote bottombikini 17-10-2024 01:19 PM
dah kena culik dgn roro kidul
Quote naina 18-10-2024 06:39 PM
Tu nampak terapung2
Quote batmana 18-10-2024 07:05 PM
pantai lawa cmtu, petanda ombak besar slalu hempas
budak2 ni org luar agaknya, tak paham keadaan bahaya cmne..
Quote SalenaGomez 18-10-2024 07:32 PM
batmana replied at 18-10-2024 07:05 PM
pantai lawa cmtu, petanda ombak besar slalu hempas
budak2 ni org luar agaknya, tak paham keadaan bah ...

Rasanya tempat camni klau pakai life jackets ok x?
Quote green~tea 18-10-2024 08:11 PM
Pantai ni ngadap lautan lepas tu kan... indian ocean... mmg le lawo tp ombak ganas..


Even takleh compare dgn ombak tengkujuh laut cina selatan.. jauh skali ngn ombak level geli2 selat melaka and pantai PD
Quote kepompong 18-10-2024 09:07 PM
SalenaGomez replied at 18-10-2024 07:32 PM
Rasanya tempat camni klau pakai life jackets ok x?

tak ok
Quote kucim 19-10-2024 01:11 AM
Bila dah jd penyembah content medsos
.....matilah dlm kehinaan
Quote cmf_premierleag 19-10-2024 01:31 AM
Bodoh..demi content kan...ujung2 menyusahkan sume org
Eloklah mampos je
Kurang sket org bodoh kt bumi ni
Quote cmf_jeangrey 19-10-2024 02:03 AM
Tempat budak2 tu mandi bhgn dalam yg berteluk nampak tenang dan jernih airnya..maybe diorg pun x sangka yg ombak besar tu akan naik ke dlm..ombak ni kalau tetiba menghempas dlm split second je..x sempat nk fikir apa pun
Quote nw111 19-10-2024 07:43 AM
Kampung inggris tu hape..study kat uk ke??
Quote Mummycomby 21-10-2024 05:21 PM
semoga di temui...Inn shaAllah Aaaamin

Quote trisnalovezul 21-10-2024 07:06 PM
Sampe sekarang tidak ditemui
Quote trisnalovezul 21-10-2024 07:07 PM
Thunderclouds replied at 17-10-2024 08:37 AM
Tempat punya la lawo.
Tp hmm.. Tu lah. Spesis iq 2 digit.

Ngak nyangka ombak besar datang tiba2

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058595 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top