Pelakon Amelia Christie Lim meluahkan rasa gembira dan teruja apabila akhirnya berjaya membeli sebuah kereta jenama Jaecoo pada usianya 24 tahun. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo. "Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’." Sementara di ruangan kapsyen, pelakon drama siri Histeria The Series itu meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.
"Tahniah, awak berhak mendapatkan itu atas usaha keras awak selama ini." Difahamkan, kereta tersebut mencecah harga RM150,000. Sumber: TikTok Amelia Lim, Oh Bulan |
fanaz82 replied at 17-10-2024 08:47 AM
jaecoo ni brand apa?
ADVERTISEMENT