CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Kurangkan Kongsi Momen ‘Sweet’ Dengan Keith Foo Di Media Sosial – ‘Nak Elak Penyakit Ain & Jaga Kesihatan Mental’

16-10-2024 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33191| Komen: 24

 

Demi menjaga kesihatan mental, pelakon Riena Diana mengambil pendekatan untuk tidak membaca sebarang komen negatif berkaitan hubungan cintanya bersama kekasih yang juga aktor, Keith Foo.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia juga mula mengurangkan memuat naik perkongsian bersama Keith di media sosial selain ingin mengelak berlaku penyakit ain.

"Sebelum ini saya rajin post video atau muat naik konten dengan Keith, tapi sekarang kurangkan. Begitu juga dengan Keith."

"Tindakan kami kurangkan perkongsian bersama untuk elak penyakit ain (dengki). Saya tahu keadaan mental saya ada kala tidak berapa baik, jadi apabila baca komen akan rasa geram."

"Untuk jaga kesihatan mental, saya kurangkan post dan tidak membaca sangat komen netizen."

 


Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Riena mendedahkan cintanya bersama Keith mula berputik ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland.


"Cinta saya dan Keith berputik ketika di set penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. Saya ingin tegaskan ini bukan gimik, memang dari situ kami mula rapat."

"Segalanya berjalan sangat ‘smooth’ bibit kami bercinta. Dalam realiti memamg kami bercinta jadi secara tidak langsung seperti bonus untuk menarik penonton menyaksikan drama ini."


Sumber : Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-10-2024 08:23 PM
Nak elak penyakit ain semata?..tuhan ko letak kat mana...
Quote putericahaya999 16-10-2024 08:26 PM
Ok baik maklum
Quote 3chanceno 16-10-2024 09:18 PM
Kapel nie betul2 bercinta atau hanya untuk konten semata?
Quote misszazaz 21-10-2024 08:59 AM
hhmmmm
Quote nordin84 21-10-2024 02:10 PM
3chanceno replied at 16-10-2024 09:18 PM
Kapel nie betul2 bercinta atau hanya untuk konten semata?

kalau takat konten baik la lailer ni mengaku bercinta dgn hun ms kg people hr tu
Quote 3chanceno 21-10-2024 09:46 PM
Edited by 3chanceno at 21-10-2024 09:49 PM
nordin84 replied at 21-10-2024 02:10 PM
kalau takat konten baik la lailer ni mengaku bercinta dgn hun ms kg people hr tu


Oh gitu....tenkiu ya ..kadang retis2 nie nak publisiti supaya kekal relevant, tu yang buat macam2 kontrobesi atau gosip2..
Quote sharlenetexas 21-10-2024 09:48 PM
Iyolah tu

Quote sharlenetexas 21-10-2024 09:49 PM
Cite rindu salju di bumi auckland tu juraini/joanna tu murtad ke? Ke dia kawin sivil? Ke nathan masuk Islam?

Quote timahterung 21-10-2024 10:44 PM
" Saya ingin tegaskan ini bukan gimik ..."  ada orang kesah ke ????
Quote cik_ingeniare 21-10-2024 10:46 PM
sharlenetexas replied at 21-10-2024 09:49 PM
Cite rindu salju di bumi auckland tu juraini/joanna tu murtad ke? Ke dia kawin sivil? Ke nathan masu ...

Kalau ikutkan nathan masuk islam.. ada scene yg kata nathan & samantha tu islam..
Quote AWEKSAMURAI 22-10-2024 12:48 AM
3chanceno replied at 16-10-2024 09:18 PM
Kapel nie betul2 bercinta atau hanya untuk konten semata?

Aku rasa sekadar konten
Quote 3chanceno 22-10-2024 08:57 AM
AWEKSAMURAI replied at 22-10-2024 12:48 AM
Aku rasa sekadar konten

Entahlah..meols tengok cam pompuan yg banyak potpet & tayang pasal hubungan nie. Tunggu je kalau jadi nikah.
Quote SANKURIANG 22-10-2024 09:10 AM
3chanceno replied at 22-10-2024 08:57 AM
Entahlah..meols tengok cam pompuan yg banyak potpet & tayang pasal hubungan nie. Tunggu je kalau j ...

Aku pulak raa....bila statement camni dah kuar, maknanya mereka bakal tak jadi nikah la. Dulu lagi ramai yg cakap, ia hanya la utk penyedap utk publik tengok drama Auckland tu aja. Sekadar suka2 buat konten, ikut cakap roducer...trick lama dah ni.
Quote heythere123 22-10-2024 08:03 PM
sky approve ke tak si lailer ni jadi step mader sheols?
Quote heythere123 22-10-2024 08:04 PM
SANKURIANG replied at 22-10-2024 09:10 AM
Aku pulak raa....bila statement camni dah kuar, maknanya mereka bakal tak jadi nikah la. Dulu lagi ...

tu la, rasanya bila drama dah siap tayang ni takde dah la adegan romantik ni semua
Quote christmaseve 22-10-2024 08:37 PM
Alahai getik nye la dengar kesihatan mental ke hulu kesihatan mental ke hilir
Dulu musim depression/anxiety semua pakat self diagnosed
La ni musim mental health dgn ain pulak
Ingatkan buah je bermusim, retis2 pn bermusim jgk

N........bab ain je ke nk ikut agama
Quote SANKURIANG 22-10-2024 10:17 PM
heythere123 replied at 22-10-2024 08:04 PM
tu la, rasanya bila drama dah siap tayang ni takde dah la adegan romantik ni semua

Kan..kalau tak tu si Reeena tu bergentel2 aja dgn si Foo tu. Dah tak buat Live TT lagi makan sesama sayang bersayang bagai. Yg untung nya orang jantan...
Quote Lampuled 22-10-2024 10:29 PM
Ain pun confuse kalau macam ini.
Quote rayna_raynes 22-10-2024 10:39 PM
heythere123 replied at 22-10-2024 08:03 PM
sky approve ke tak si lailer ni jadi step mader sheols?

ada nampak keith bawak riena jumpa family inc sky, sky duduk sebelah riena

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.293723 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top