CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan hanya pinjam untuk biaya defisit fiskal, hutang matang - Menteri Kewangan II

16-10-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11306| Komen: 11

 


Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang.

Beliau berkata, jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan pada 2023 sebenarnya berkurang kepada RM226.595 bilion berbanding RM230.949 bilion pada 2022.

"Defisit fiskal berjaya dikurangkan secara konsisten. Jumlah pinjaman bersih dijangka terus berkurang iaitu dari RM99.4 billion pada 2022 kepada RM92.5 billion pada 2023.

"Trend ini dijangka akan terus berkurangan sekitar RM86 bilion pada 2024," katanya dalam teks ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.


Teks ucapan itu dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Amir Hamzah yang berada dalam persidangan itu tidak dapat membuat ucapan penggulungan kerana mengalami keradangan saluran kerongkong atau laringitis.

Menteri Kewangan II itu juga berkata daripada RM241.509 bilion yang dinyatakan di dalam LKAN 3/2024, sejumlah RM8.776 bilion merupakan premium bersih yang dilaraskan kepada Akaun Penyelesaian Premium/ Diskaun Sekuriti Kerajaan.

Sementara itu, RM6.138 bilion merupakan transaksi 'switch auction', iaitu kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai strategi pengurusan hutang untuk mengurangkan risiko pembiayaan semula.

"Kaedah ini tidak akan meningkatkan jumlah pinjaman secara keseluruhan memandangkan ia hanya melibatkan pertukaran kertas hutang dengan amaun prinsipal yang sama di antara kerajaan dan pemain pasaran," katanya.

Amir Hamzah turut menjelaskan isu komitmen kewangan kerajaan yang meningkat RM0.139 bilion kepada RM285.634 bilion, dan komitmen jaminan yang mengembang RM3.288 bilion kepada RM227.404 bilion berbanding 2022.

Kesemua komitmen jaminan ini adalah komitmen hutang syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun yang secara khususnya melaksanakan obligasi sosial terutamanya projek infrastruktur pengangkutan awam, katanya.

Ini termasuk terbitan pinjaman baharu terutamanya oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), DanaInfra Nasional Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd; intervensi dasar kerajaan untuk menyokong dan membantu kewangan syarikat; dan menyokong struktur sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang mempunyai kupon sifar di mana keuntungan akan dibayar pada akhir tempoh matang dan dipermodalkan setiap tahun.

"Perlu dijelaskan bahawa peningkatan komitmen jaminan adalah untuk menampung empat projek infrastruktur pengangkutan yang masih sedang berjalan iaitu projek Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit 3 (LRT3), Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Rel Hubungan Pantai Timur (ECRL) di samping menampung kos operasi Prasarana bagi menambahbaik sistem jaringan pengangkutan negara.

"Peningkatan komitmen ini adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur yang tidak dapat ditampung melalui Belanja Pembangunan serta tidak mengabaikan projek-projek sosial yang lain seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan persekutuan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang disediakan di bawah Belanja Pembangunan," katanya.

Amir Hamzah berkata, kerajaan turut memastikan Liabiliti Persekutuan terkawal melalui langkah-langkah seperti penetapan had nilai kuantiti yang perlu dipatuhi mengikut ketetapan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850].

Selain itu, kerajaan juga memastikan kadar pembiayaan dana oleh Pertubuhan Perbadanan yang dijamin adalah dalam lingkungan harga yang rendah; membatalkan beberapa fasiliti jaminan yang masih belum dimanfaatkan dari semasa ke semasa; dan memastikan Pertubuhan Perbadanan yang dijamin mempunyai keupayaan kewangan bagi tujuan bayaran balik pembiayaan dan seterusnya tidak memberi beban kepada kerajaan.

"Langkah-langkah tersebut akan turut diimbangi dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi," katanya.

Amir Hamzah mengulangi komitmen kerajaan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada keluaran dalam kasar negara (KDNK) di bawah 60 peratus secara beransur-ansur dalam tempoh jangka masa sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA).

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 16-10-2024 09:34 AM
Kerajaan gagal. Sembang kedai kopi mmg sedap. Bila tadbir sendiri baru Tau bkn sng. Last2 buat hutang bertimbun2. Cuba yg bg alasan bodoh2 ni zaman najib razak. Kemain korg berguling2 depan sogo.
Quote makciktijah 16-10-2024 10:02 AM
beliau ni rupa mcm mix.
Quote Firenzza 16-10-2024 10:16 AM
Iols ni klau dgr ckp2 mulut peyut boroi mmg ssh nk percaya
Quote Radzor 16-10-2024 11:38 AM
korek lubang kambus lubang je
Quote Binodino 16-10-2024 11:41 AM
Gali lobang tutup lobang. Dah macam lagu SY
Quote tripleid 16-10-2024 01:49 PM
ramainya tak reti ekonomi..hutang negara dah bertahun maintain meningkat tiap2 tahun pastu nak expect boleh turun dlm masa setahun??..hutang2 Najib 1mdb dgn hutang2 covid Abahcow beratus billion dulu tu dah tak payah bayar eh??


defisit negara 2023 makin berkurang tak nak cite pulak??


Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan 2023 catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit

Quote white_musk 17-10-2024 09:27 AM
masih ada penjajah kah di negara ini?
Quote nusaraya 17-10-2024 10:21 AM
Edited by nusaraya at 17-10-2024 10:23 AM

Mana mungkinlah minta pihak kerajaan "Mengaku"  meneruskan policy "Gali Lubang Tutup Lubang" untuk membangun Malaysia ....walaupun faktanya data menunjukan seperti itu ....

Kenikmatan berperilaku "Hedonistic" dengan hidup  menghandalkan "Hutang"  adalah opsi yang diambil oleh Malaysia untuk menjalani dan membeayai  pola hidup nya itu .. Hehehehe.  

Household debt to GDP Ration in Malaysia.jpeg

Quote otai_g 17-10-2024 10:25 AM
Claim Asian tiger konon. Walhal asian cat. Hehe...
Quote pokokmeranti 17-10-2024 10:41 AM
konsep mudah begini, hutang negara2 maju pun ada yg trillion. sama macam individu ada hutang ratus ribu dan juta. tapi tgklah aset yg ada dari pinjaman tersebut, yg I menyampah puak-puak PH/DAP dari dulu mainkan sentimen hutang seolah2 kerajaan terdahulu gagal jaga ekonomi tapi hakikatnya itulah kaedah menjana ekonomi. skrg bila sendiri tadbir ada sotong sial benih laknat kata rakyat tak perlu risau...
Quote nusaraya 17-10-2024 11:02 AM
Edited by nusaraya at 17-10-2024 11:09 AM
pokokmeranti replied at 17-10-2024 10:41 AM
konsep mudah begini, hutang negara2 maju pun ada yg trillion. sama macam individu ada hutang ratus r ...

Itulah ciri-ciri  sebuah negara yang telah masuk klasifikasi negara "FAKIR KAYA" ..... Ingat itu ..

.Anda selama ini Menikmati "ola Hidup"  yang "Selesa" dengan mengikuti cara klasik ..  "Lebih Besar Pasak daripada Tiangnya" .....


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.835547 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top