CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Netizen teruja adab lelaki Bangladesh ini, tanggal kasut dekat mesin ATM

16-10-2024 12:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29893| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Bangladesh berkaki ayam kerana kasutnya kotor ketika ingin mengeluarkan duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank meraih perhatian di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, lelaki itu kelihatan tidak memakai kasut ketikasedang mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM.

Dia kemudian, menuju keluar dari bank tersebut setelah mengeluarkan duit dan memakai semula kedua kasut berupa but getah di luar premis berkenaan.


Pengguna media sosial membanjiri ruangan komen dengan memuji ‘adab’ lelaki terbabit yang sanggup berkaki ayam demi mengelakkan lantai premis tersebut menjadi kotor.

“Ini baru orang kaya yang sebenar, kaya dengan adab yang susah nak jumpa zaman sekarang. Sanggup tanggalkan kasut but, tak nak bagi lantai kotor. Hamba yang hebat,” puji lelaki yang memuat naik video tersebut.

“Terbaik abang ni. Macam ni patutnya, dia tak nak susahkan cleaner (tukang bersih) nanti,” komen Ruzaini Ayub.

“Mat Salleh cakap well raised by parents (dibesarkan dengan baik oleh ibu bapa),” ujar Firdaus. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 15-10-2024 11:17 PM
oh sbb dia pakai kasut phua chu kang..
aritu kt atm ..tiber org blkg i cuit i gitu..i toleh la..laki bangladesh mitk tlg i dia masukkan duit
seribu plus camtu dia..dia nk bank in pd nama jamilah something..i tlg je la..tp risau jgk kot jamilah tu scam dia..msb baik bangla..kalau negro i xkn tlg
Quote Skuau 15-10-2024 11:23 PM
"abah..tolong kawenkan Mira dengan Abangla ni.."-Mira,yg terkesima
Quote ninja boy 16-10-2024 12:13 AM
Bangla dah biasa buat kerja pembersihan penat mop jika sekor pijak bawa pasir
Quote Thunderclouds 16-10-2024 06:26 AM
Lahaiii konten..
Batak clout.
Quote imransulaiman 16-10-2024 08:46 AM
Bangla tu tak layan pun yang amik video. Dia tak hadap semua tu. Memang nampak dia ikhlas dan bersyukur dapat kehidupan yang (mungkin) jauh lebih baik daripada tempat asal dia...
Quote imransulaiman 16-10-2024 08:49 AM
Bangla tu tak layan pun yang amik video. Dia tak hadap semua tu. Memang nampak dia ikhlas dan bersyukur dapat kehidupan yang (mungkin) jauh lebih baik daripada tempat asal dia...
Quote damsel_fiji 16-10-2024 09:23 AM
risau la mangkuk yg sikit2 amik video..gambar bagai nk buat content ni..makin banyak spisis2 babi ni skrg
Quote copy_paste 16-10-2024 09:38 AM
betul la tu adab dia, walaupun dari keluarga miskin tp boleh fikir...
Quote tungkai 16-10-2024 09:46 AM
Benda camni pun nak teruja ke?
Quote tripleid 16-10-2024 01:16 PM
isu semasa sangatttt..
Quote ifanonline 16-10-2024 03:38 PM
jgn pandang rendah bangsa bangladesh ni...ada yg mengaji lagi tinggi dr forumer2 cari.com ni
Quote Suchi 16-10-2024 05:27 PM
Ya dia mmg beradab tapi mak pak kau plak tak ajar ke jgn sesuka hati rakam video tanpa izin? Dahla kat atm plak tu, org lagi nak privasi ko plak sibuk nak rakam semua menda. Tak cukup lg ke cctv kat bank tu?

Sehari tak buat content mmg hidup korang akan merana ke?
Quote kotakbaju 16-10-2024 09:05 PM
Mak aih sesuka hati gitu je main rakam orang lain. Nak puji, puji aje la direct tak perlu nak record2. Bangla tu pun ntah ke tak selesa ditala hp ke dia
Quote aavakateimani 21-11-2024 03:38 PM
baik akhlaknya
Quote aavakateimani 21-11-2024 03:38 PM
dia seorang yg teliti

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073565 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top