Ditebak ingin berbaik semula dengan bekas suami, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memaklumkan pengumuman yang ingin didedahkan hari ini bukan berkaitan Aliff Aziz. Begitupun, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengakui hantaran dalam media sosial itu hanya sebagai gimik untuk menguar-uarkan konsert A Night With Sumandak Stars. “Hantaran yang saya kongsikan mengenai satu pengumuman adalah gimik yang dibuat mengikut permintaan penganjur berkenaan konsert membariskan penyanyi Sabah. “Sejujurnya saya takut untuk buat hantaran tersebut sebab selama ini tidak pernah berbuat sedemikian, tetapi keluarga pun beri lampu hijau. “Tapi saya tak sangka ada yang salah faham fikir pengumuman itu berkaitan masa silam saya. Kalau kata nak berbaik balik itu, benda itu tidak mungkin terjadi,” katanya selepas sidang media pengumuman konsert A Night With Sumandak Stars, hari ini.
Ibu tunggal dua anak itu mengakui menerima banyak mesej berikutan perkongsian tersebut sekali gus terharu kerana maklum balas netizen menunjukkan mereka prihatin terhadap dirinya. “Tak jangka pun, sebenarnya makin ramai yang komen pasal masa silam saya, saya makin berdebar. Kalau kalian takut, apatah lagi saya. “Saya pun minta maaf kalau ada yang risau. Jika makin ramai orang komen begitu (berbaik), saya cuma minta dijauhkan. “Jangan bimbang, fokus saya sekarang hanyalah anak-anak serta kerjaya saya. Terima kasih sebab ambil berat,” ujarnya. Mengenai konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November depan, Bella berbesar hati apabila bakal berpeluang sepentas dengan ramai penyanyi hebat ‘sekampungnya’ Artis lain ialah Marsha Milan, Stacy, Nikky Palikat, Adira Suhaimi, Wanie Kayrie serta Didi Astillah. “Semuanya belum diperincikan terutama pemilihan lagu. Kami akan duduk semeja dalam tempoh terdekat untuk berbincang mengenai konsep. “Apa pun tawaran dibuka penganjur merupakan peluang keemasan yang juga pertama kali saya sepentas bersama penyanyi wanita hebat seperti mereka,” katanya.
|
Thunderclouds replied at 16-10-2024 06:27 AM
Kalo x kait mengait ngn ex susah carik mkn ke cemana?
ADVERTISEMENT