CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat China rugi RM2.6 juta terpedaya urus niaga Musang King

15-10-2024 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21115| Komen: 0

 


JOHOR BAHRU: Pengurus syarikat kerugian RM2.6 juta selepas diperdaya dalam urus niaga import durian Musang King sejuk beku.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mangsa warga China membuat laporan bahawa seorang suspek memperdayakannya dengan meyakinkan boleh menggunakan 'Approved Permit' (AP) milik syarikat eksport buah-buahan beralamat di Malaysia

Katanya, suspek yang juga warga China mendakwa AP syarikat terbabit perlu digunakan bagi mengimport durian Musang King sejuk beku dari negara ini memasuki China.

"Mangsa kemudian berjumpa dengan suspek di China dan bersetuju membeli sebanyak 3,840 kartun durian Musang King sejuk beku bernilai RM2.6 juta.

"Pada 5 Julai lalu, transaksi pemindahan wang dilakukan ke dalam satu akaun bank milik syarikat lain yang berdaftar di Malaysia, seperti diarahkan oleh suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut, Kumar berkata, mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan, selepas pembayaran dilakukan, namun sehingga kini syarikat mangsa masih belum menerima produk yang dijanjikan.

"Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan meminta rakannya di Malaysia mencari syarikat pemilik AP terbabit.

"Bagaimanapun, syarikat pemilik AP berkenaan disahkan tidak pernah berurusniaga dengan syarikat mangsa.

"Mangsa kemudiannya datang ke Malaysia untuk membuat laporan polis memandangkan akaun bank yang digunakan suspek adalah milik syarikat berdaftar di negara ini," katanya.

Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420/411 Kanun Keseksaan.




Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.147927 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top