Penyanyi Nourul Depp atau Nurul Wahab menegaskan dia tiada perancangan untuk kembali berduet dengan bekas suaminya, Ajai. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nourul meluahkan rasa berang dengan laporan berita kononnya dia sedia untuk berduet dengan bekas suaminya itu. Nourul juga turut meminta supaya pihak media tidak membuat cerita yang tidak keluar daripada mulutnya sendiri. “Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la. Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya,” tulisnya. Sementara itu, Nourul berkata dia dan Ajai sudah lama tidak bercakap mahupun bersemuka serta mengatakan dia manusia yang tidak mahu berjumpa. “Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Anda tidak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah,” tulisnya.
|
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 11:32 PM
Mama sayang papa, papa sayang mama
makciktijah replied at 15-10-2024 08:17 PM
hari tu masa wartawan interviu ajai pasal nurul ngan ayu bergaduh, elok je ajai jawab. takde mengata ...
mojarean_X replied at 15-10-2024 11:22 PM
Iols pernah g umah dia kt bukit ceylon tu dulu. Dia ngan husband dia mmg sgt baik especially husband ...
ADVERTISEMENT