Penyanyi Aisyah Aziz berkata dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya serta mengakui bukan mudah untuk konsisten dalam menutup aurat dengan sempurna. Menerusi temu bual bersama podcast, Aisyah berkata pada awalnya dia mengakui rasa panas ketika mengenakan hijab pada awalnya dan lebih selesa memakai menampakkan leher. “Kenapa kau pakai tudung macam ni?’ Adalah lebih baik kalau mereka berkata, ‘apa yang memberi inspirasi kepada awak untuk pakai tudung?’ Bukankah itu lebih baik. “Saya rasa mungkin susah untuk awak pakai tudung, mesti panas kan?’ Memanglah aku pakai tudung..nampak leher, panas. “Sangat panas, kadang kala saya rasa marah bila menutup leher..saya akan sukar untuk jadi baik dan sopan (bertudung) kerana ia sangat panas. Tetapi bagi saya kalau saya pakai tudung nampak leher sikit..tak mengapa untuk saya buat ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Aisyah berkata dia memerlukan sokongan orang ramai agar dapat mengekalkan imej muslimah serta berharap tidak lagi memberi komen negatif berkenaan penampilannya. “Saya perlukan setiap orang untuk membantu saya membetulkan niat. Tetapi saya ada kawan yang membantu saya. Tapi bagi saya untuk orang yang terus berkata, ‘baik tak payah pakai tudung.’ Itu adalah racun,” katanya. Sumber : Rotikaya |
noor2 replied at 15-10-2024 04:25 PM
Panas cane ya..dia ni bukan manusia ke cane..sb rasa panas
cantthinkofany replied at 15-10-2024 08:20 PM
ntah ek...kepala terdedah pada panas matahari....aku rasa kulit kepala mcm nak terkopek bila berdiri ...
makita: Skrg ada mcm headfon tp sangku ...
lanacondor replied at 15-10-2024 09:06 PM
neckfan tu chuolz. Ramai bdk2 sekolah beli time musim panas. Cikgu2 Pon ramai pakai. Skg Pon byk ma ...
ADVERTISEMENT