Seoul: Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan memberi penghormatan kepada dua wanita yang masing-masing melahirkan 13 anak, dengan Pingat Merit Awam. Salah seorang daripada mereka ialah ibu kepada pelakon Nam Bo-ra iaitu Eom Gye-suk yang berusia 60 tahun, lapor Asia News Network dan The Korea Herald. Eom dikurniakan Pingat Seongnyu, gred kelima Darjah Kebesaran Sivil yang diberikan kepada mereka yang menyumbang kepada negara dengan pencapaian cemerlang dalam politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan mahupun akademik. Dia melahirkan lima anak lelaki dan lapan anak perempuan antara 1986 hingga 2007. "Selama saya hamil dan melahirkan anak lebih 20 tahun, memang ada cabarannya. "Terima kasih kepada anak-anak saya yang membesar dengan baik. "Saya rasa saya ada lebih banyak detik gembira daripada perkara lain," katanya pada majlis anugerah di Hotel Glad, Yeouido , di sini, 10 Oktober lalu.
Kira-kira 150 wanita dan ahli keluarga hadir pada acara memperingati Hari Wanita Hamil tahunan kali ke-19. Eom menekankan kepentingan melahirkan dan mengasuh anak melalui kuliah dan bukunya mengenai kisah keluarganya, yang diterbitkan pada 2011. Sembilan daripada anak-anaknya yang lebih tua kini mempunyai pekerjaan, manakala dua lagi di kolej dan dua yang lain di sekolah menengah. Sementara itu, penerima lain, Lee Yeong-mi, 59, melahirkan anak 13 kali dari umur 23 hingga 44 tahun, membesarkan anak-anaknya untuk menyumbang dalam pelbagai sektor masyarakat. Anak-anaknya yang paling terkenal ialah pelakon Nam Bo-ra, manakala yang lain artis, kakitangan bank, penyelidik dan pakar kebersihan pergigian, serta anak bongsu yang masih belajar di sekolah menengah. Kadar kesuburan Korea Selatan, bilangan anak yang dimiliki seorang wanita dalam seumur hidupnya mencecah paras terendah 0.76 pada suku pertama 2024. Ia diunjurkan menurun kepada 0.68 lagi pada 2024. Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengisytiharkan, kecemasan negara ke atas penduduk pada Jun lalu ketika beliau mengumumkan rancangan kerajaan untuk memperluaskan insentif bantuan tunai untuk bayi yang baru lahir dan langkah lain untuk membalikkan trend kadar kelahiran yang menurun. Sumber – Harian Metro |
batmana replied at 15-10-2024 06:06 PM
malaysia pun menuju cmni
b40 dikutuk klu ada anak last2 tk branak
t20 tknk anak ramai last2 tkde ana ...
makadek replied at 15-10-2024 06:13 PM
kg aku tadika 20 org je ....bermakna dajah 1 dn seterusnya seramai itu je...
nusaraya replied at 15-10-2024 08:41 PM
Program melahirkan banyak anak harus ditiru oleh Malaysia utamanya oleh keluarga bangsa melayu agar ...
Radzor replied at 15-10-2024 06:39 PM
yang laki tu dapat hadiah tak? klu x dapat mcm tak adil je.
cucutokwan89 replied at 15-10-2024 04:16 PM
Adakah Malaysia bakalan gini? Kadar kesuburan negara makin menurun ja..
Minami2013 replied at 15-10-2024 09:06 PM
Rupa gini elok la mak nya beranak ramai2
penmerah replied at 15-10-2024 02:36 PM
Ini ke productnya?
Sokong
Wahhh beranak lah ramai2 aman tenteram skrin tv
Minami2013 replied at 15-10-2024 09:06 PM
Rupa gini elok la mak nya beranak ramai2
batmana replied at 15-10-2024 10:06 AM
malaysia pun menuju cmni
b40 dikutuk klu ada anak last2 tk branak
t20 tknk anak ramai last2 tkde ana ...
aijinmisaki replied at 15-10-2024 04:11 PM
Comfirm ke bukan sejeri
ADVERTISEMENT