CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

M. Nasir ‘Tabur’ Duit Raya Di Konsert Cipta 2, Tapi Ada Netizen Perli Jumlah Yang Diberi – “Perlu Ke Perkotak-Katikkan Jumlah Tu?

15-10-2024 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19072| Komen: 99

 


Untuk info ramai, penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk, M. Nasir telah membuat kejutan buat peminatnya yang hadir ke konsert M N4SIR Cipta 2 dengan ‘menaburkan’ duit raya RM1 berjumlah RM10,0000 dari bumbung stadium di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Difahamkan, di penghujung konsert, M. Nasir telah menyanyikan lagu raya popular nyanyiannya iaitu Satu Hari Di Hari Raya kerana karya tersebut umpama seperti antem kebangsaan yang bukan saja dinyanyikan pada hari raya.


Susulan momen tersebut dikongsikan oleh peminat di laman media sosia, ada beberapa netizen memperkotak-katikkan jumlah berkenaan yang dianggap terlalu sedikit untuk orang dewasa.

 

Kesal dengan sikap segelintir netizen yang menganggap jumlah yang diberi sedikit, terdapat peminat yang tampil menasihati untuk sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh seseorang, lagi-lagi duit raya itu merupakan sedekah.

 
Malah peminat persoalkan apakah yang perlu diberi oleh M. Nasir untuk buatkan segelintir netizen itu berasa bersyukur.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 15-10-2024 09:26 AM
orang dah bagi tu ambik je la.
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 09:29 AM
Tak setimpal dengan harga tiket
Quote pocongkiutss 15-10-2024 09:43 AM
Mengadanya..ada ke pokcik tu janji sapa beli tiket dpt duit raya at least puloh2 hengget?

Bukan musim raya pun skrg ni
Quote makciktijah 15-10-2024 09:56 AM
kot rasa sikit sangat, terhina dapat singgit, bg la kat org sebelah ke org belakang ke. sapa suh amik pun? bukan m.nasir kata wajib hambik sorg singgit tu.
Quote prettyuglybabe 15-10-2024 09:57 AM
yang mengata tu mesti jenis hulur muka minta duit raya kan..
padahal dia satu sen pun tak menghulur..
Quote Nnasda53 15-10-2024 10:02 AM
Sekecil2 nilai pun bermakna boleh buat tersenyum hokeyyyyy.
Quote ezacbee 15-10-2024 10:02 AM
Syukurlah dapat.. Sikit2 komplen. Bingai.
Quote September14 15-10-2024 10:16 AM
Dia simbolic je kan… patut letak kertas je dlm tu

Tapi tgk best giler eh konsert dia rugi x pergi
Quote ouch! 15-10-2024 10:26 AM
September14 replied at 15-10-2024 10:16 AM
Dia simbolic je kan… patut letak kertas je dlm tu

Tapi tgk best giler eh konsert dia rugi x pergi ...

best gile!
yg komplen tu orang yg tak pergi kot sbb orang2 yang pergi x kisah lgsg pun sebab penutup lagu Suatu Hari Di Hr Raya dengan sampul duit raya dari langit mmg suprise sgt dan menghappykan semua
Quote Burong_Hantuk 15-10-2024 10:30 AM
Quote opie5662 15-10-2024 10:32 AM
Edited by opie5662 at 15-10-2024 10:35 AM

Itu kan simbolik. Aku pon dpt. Walaupon singgit happy je. Ada jgk benda yg jadi kenangan. Tau tak geng2 pengumpul sampul duit raya mencari tau sampul tu. Ada harga ooooo…hahahahha.

Yang penting konsert m nasir mantap. Aku masih tak move on..hahahah Kalau ada next nk pegi lg. Best gile.
Quote apedehal 15-10-2024 10:32 AM
Dah acik2 kata xwajib duit raya..bestu komplain plak singgit
Quote arffa 15-10-2024 11:06 AM
Tok Nasir tak nak buat konsert lagi kah? Hari tu budget takde nak gi.
Quote September14 15-10-2024 11:19 AM
ouch! replied at 15-10-2024 10:26 AM
best gile!
yg komplen tu orang yg tak pergi kot sbb orang2 yang pergi x kisah lgsg pun sebab penut ...

Yelah rugi x pergi.. happening dgn audience nyanyi sekali… lgu pulak smua best2

Harap2 ada la diorg letak dlm spotify versi live ni
Quote opie5662 15-10-2024 11:19 AM
arffa: Tok Nasir tak nak buat konsert ...


Dgr mcm ada cipta3. Tunggu je uols. Iols pun nk repeat
Quote ouch! 15-10-2024 11:28 AM
September14 replied at 15-10-2024 11:19 AM
Yelah rugi x pergi.. happening dgn audience nyanyi sekali… lgu pulak smua best2

Harap2 ada la di ...

yang bestnya sbb penonton pun dah berusia hehe..tenang dan enjoy2 aje semua
Quote hyie 15-10-2024 11:32 AM
benda tu just for fun je lah..bak kata Diana Danielle "Apa ko ingat aku bagi nafkah kat ko ke?" gichewwww
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 11:37 AM
Kenalah tabur duit raya. Kalau tak bagi,  nanti fail penceraian tanpa pengetahuan suami pulak dekat mahkamah
Quote hotmak 15-10-2024 11:54 AM
10,000 jatuh dari atas, takkan nak letak RM5, lgpun kat sampul ada tulis RM1 besar nilainya 45 tahun dulu

yg mengeji ni dengki, tak dpt pergi, best gila kot

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042058 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top