CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Isteri Orang Pun Sama Menggedik” – Pertama Kali Live TikTok, Ragam Peminat Fattah Amin Jadi Tumpuan

15-10-2024 07:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16967| Komen: 64

 


Tidak sampai sebulan bergelar duda kepada seorang anak, Fattah Amin menjadi tumpuan peminat gara-gara tampil pertama kali dalam live di TikTok.

Berterusan menambat hati warga may, video ‘live’ itu difahamkan berjaya meraih jumlah suka lebih 25 juta selain 50,000 tontonan.


Dalam siaran langsung itu, Fattah dilihat berkongsi benda-benda positif berserta doa-doa namun kehilangan idea hingga terpaksa membiarkan pengikut menatap wajahnya.

Maklum Fattah, dia mengakui masih tidak mahir dalam mengendalikan akaun TikTok dan mengucapkan terima kasih kerana ramai peminat tidak berhenti-henti memberikan ‘gift’ pada sesi berkenaan.

"Hendak cakap apa lagi, saya pun tak tahu. Tengoklah muka sahaja. Lagi pun semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah."

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah komen segelintir netizen terutamanya yang kelihatan tidak segan silu mengucapkan kata cinta dan suka.


Malah, ada juga yang sudah bergelar isteri orang meninggalkan komen yang sama di live tersebut.

Sekadar info, Fattah dan bekas isteri, pelakon Nur Fazura akhirnya berpisah pada 7 Oktober lalu setelah 7 tahun berumah tangga.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 turut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 15-10-2024 07:46 AM
jakun
Quote manop 15-10-2024 07:48 AM
fattah kot...

kalau soeb teh madu manis leting tu...sape nak menunggu.
Quote nisako 15-10-2024 09:28 AM
mcm mcm
Quote pocongkiutss 15-10-2024 09:45 AM
Mmg ada yg terlebih garit pun
Quote chinta89 15-10-2024 09:46 AM
Maklum Fattah, dia mengakui masih tidak mahir dalam mengendalikan akaun TikTok dan mengucapkan terima kasih kerana ramai peminat tidak berhenti-henti memberikan ‘gift’ pada sesi berkenaan.


org dh kaya ko nk berikan gift lg, x paham aku.

and, betina2 garit yg keterlaluan ni korang marah tak kalau suami/bf korang terkinja2 live perempuan lain??
Quote rbmy 15-10-2024 10:11 AM
eh dah tu ada laki orang pi komen page elizebeth tan la yg seksi2 tu tak pe ke..
hahah sama je la laki ke  bini sama naik....
Quote arffa 15-10-2024 11:13 AM
Yang perempuan sebenarnya suka depa bercerai sebab ingat ada can la ngorat fattah. Fattah pun tengah hype ni tetiba pandai main TikTok pun gelenyar jugak.
Quote miss_strangers 15-10-2024 11:16 AM


Ini yg awang suka....dimanjah-manjahkan oleh acik2 keledek.....terus kan dilambung tinggi ye awang...

Lepasni boleh keluar buku tajuk zikir fattah amalan sehari -hari

Quote bellaa 15-10-2024 11:38 AM
nampak orang share live dia kat tiktok
cara percakapan pon macam org lembam

tak firm and tak bold langsung
Quote noor2 15-10-2024 11:39 AM
Mungkin acik2 melayu yg ni x pernah jumpa lelaki2 hensem...jd bila dpt berinteraksi dgn lelaki duda hensem...depa terus lupa status dan diri masing2
Quote ___ 15-10-2024 11:47 AM
Acik2 5G:
GEDIK, GATAL, GELENYA, GARIT, GELETIS
Quote kikuri 15-10-2024 11:52 AM
gelenyar ya acik acik bini orang dengan fatah... jangan lupa walopon laki korang muka patah balik dorang jugak yang sudi memperisterikan korang... yihhhhh
Quote missHaidiD 15-10-2024 11:54 AM
Quote miss_strangers 15-10-2024 11:58 AM
missHaidiD replied at 15-10-2024 11:54 AM

Quote nolya 15-10-2024 12:06 PM
arffa: Yang perempuan sebenarnya suka depa bercerai sebab ingat ada can la ngorat fattah. Fattah pun tengah hype ni tetiba pandai main TikTok pun gelenyar ju ...
.

Perempuan dn/atau erempua2 mana yg suka Fattah bercerai?.  Jglah berburuk sangka spt itu seolah2 awak nak samakan fikiran awak dgn fikiran orang lain.
Fatah dlm situasi  dukacita.  Kalau Fatah tetiba (tiba2?) pandai main tiktok, mungkin Fatah ingin ambil kesempatan escapism drp kesepian.  Salah ke? Haruskah berprasangka  spt apa yg awak sangkakan. Anggaplah apa yg Fatah buat adalah satu pendekatan untuk dia berubah demi menceriakan dirinya, menjadi lebih ramah mesra mungkin kerana jika dia tidak berbuat sesuatu, khuatir akan kemurungan. Tamparan digugat cerai dgn tohmahan2  aib drp pihak isteri tak mudah untuk Fatah hadapi. Selagi tidak melewati hukum akhlak, adat dn agama, berilah peluang merawat hatinya.


Quote namr 15-10-2024 01:06 PM
birahnya ko
Quote Whitney72 15-10-2024 01:12 PM
missHaidiD replied at 15-10-2024 11:54 AM

Geng sekaum mula2 simpati...tp bila too much appearace lama2 rmai lar buat u turn sbb meluat..pulak2 bila dpt tau bini msg2 menggeletis senyap dgn duda hot

spt biasa lps ni..rmai pulak agamawan mencapuk apa hukumnya bini org menggeletis dgn lski bkn muhrim wlau hya dgn bertik tok
Quote suri33 15-10-2024 02:01 PM
Sekarang kita faham macam mana buku dia boleh laku dulu.
Quote _kelly 15-10-2024 02:43 PM
kesian, tak sampai sebulan kena buang dengan bini terpaksa cari makan buat live tiktok..dah elok2 ko kerja dengan company bini sampai boleh pakai RR, buat perangai pulak..dasar!

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061788 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top