CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sekufu bukan jaminan bahagia, isteri tetap di bawah suami’ - Fasha Sandha

15-10-2024 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24470| Komen: 6

 


Pelakon Fasha Sandha percaya urusan mencari pasangan hidup yang sekufu bukan satu keutamaan dan penentu kebahagiaan dalam sesebuah institusi perkahwinan.

Fasha berkata, pasangan yang setaraf dari segi latar belakang, status atau harta tidak menjanjikan kebahagiaan sebaliknya seorang isteri harus menghormati suami meski lebih berharta atau berjaya.

“Secara peribadi, sekufu atau tidak itu sebenarnya jatuh nombor dua kerana apabila sudah menjadi berkahwin, kedudukan isteri adalah di bawah suami walaupun lebih kaya, berharta dan berjaya.

“Kedudukan suami tetap berada nombor satu. Saya akan sentiasa pegang konsep Aidil adalah suami dan perlu sentiasa menghormatinya.

“Memang adakalanya tidak sependapat tetapi kami berdua cuba cari jalan terbaik untuk selesaikan sesuatu isu dan semua itu kami lakukan demi anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.



Dalam pada itu, Fasha menolak dakwaan bahawa kehidupan rumah tangga yang dijalani oleh pasangan selebriti cukup berat ditambah dengan lambakan kes perceraian yang dilaporkan sejak kebelakangan ni.

“Sebenarnya bukan selebriti sahaja (bercerai), ramai orang di luar sana turut melalui perkara sama. Cuma kisah selebriti ini lebih mendapat perhatian dan menjadi bahan berita.


“Saya sentiasa menganggap perkahwinan ini adalah satu pinjaman yang kita sendiri jangka hayatnya sampai bila? Tapi dalam waktu sama, saya nak pinjaman diberikan ini berkekalan hingga akhir hayat.

“Kalau pinjaman ini hanya sementara tiada yang mampu saya lakukan kerana semua itu sudah ditakdirkan. Namun apa yang penting kita sebagai suami dan isteri perlu buat yang terbaik.

“Orang luar juga tidak boleh cepat menghakimi sesuatu perhubungan itu. Saya rasa tak wajar untuk kita memandai-mandai nak beri pendapat selagi tidak melaluinya sendiri,” katanya lagi,


Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.

Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SR4tahun 14-10-2024 11:59 PM
Iols suka betul baju abp sheols lawaaa, walaupun lebih kurang baju nekrud sikit
Quote apedehal 15-10-2024 12:05 AM
SR4tahun replied at 14-10-2024 11:59 PM
Iols suka betul baju abp sheols lawaaa, walaupun lebih kurang baju nekrud sikit

Baju RR ni predictable ek.. i mean tahu signature dia tp kdg berulang sgt design nya
Quote jalfa 15-10-2024 01:36 AM
Santeknya pasah...rugi serai dgn jije...patut sekarang dah jadi latin..opsss
Quote ninja boy 15-10-2024 01:41 AM
Jgn tamak haloba mau bini artis lawa hujung2 bini2 lari
Quote ketambangkang 16-10-2024 10:43 AM
hadoiiii kuning betul otak aku baca statement pasah ni
Quote alahai 16-10-2024 10:44 AM
Kurusnya dia la ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.070825 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top