PETALING JAYA – Gelagat seekor anak gajah yang cuba memanjat pagar selepas berpisah dengan ibunya telah mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi sebuah video berdurasi 28 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Jamil Amin Abdul Kadir. Ia memaparkan seekor anak gajah yang tersesat masuk ke dalam kawasan Pejabat Perikanan Malaysia, Banding, Gerik di Perak. Aksi bersahaja anak gajah yang berulang kali cuba memanjat sebelum akhirnya berjaya melepasi pagar dengan bantuan ibunya. “Masa dia angkat kaki tu sumpah comel. Macam la boleh panjat. Nakal lagi,” ujar Sue. “Ha kecik-kecik dah nak panjat pagar, nanti masuk sekolah panjat pagar lagi ponteng pulak,” kata Zainisalleh pula.
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
jejai replied at 14-10-2024 11:12 PM
kesian semua haiwan dah tak ada tempat tinggal habis ditarah
Decaffeinated replied at 15-10-2024 12:20 AM
Comel kepala hotak kau
supernaturalee replied at 15-10-2024 08:13 AM
video part die lepas pagar ada tak
prettyuglybabe replied at 15-10-2024 10:05 AM
kat hujung mak dia masuk dalam jemput dia keluar ikut pagar..
i risau pagar tu runtuh je..
anak ga ...
ADVERTISEMENT