CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mama sedih Cik B nak sambung belajar luar negara" - Ramai pesan jaga diri, Cik B sambung belajar ke Sepanyol

14-10-2024 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29441| Komen: 83


 
Pempengaruh dan penyanyi, Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan keputusan besar dalam hidupnya iaitu akan melanjutkan pelajaran ke Sepanyol.

Dia yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida memuat naik sebuah hantaran di TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang bakal dibawa ke sana nanti.


Dalam hantaran yang sama, Cik B turut meminta pengikutnya meneka destinasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.

Menariknya, ada pengikut yang berjaya meneka Sepanyol, selepas adik kepada pempengaruh itu, Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tersebut dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.


Pengguna media sosial membanjiri ruang komentar hantaran itu dan rata-rata teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 19 tahun itu.

“Cik B dah jauh nanti jaga diri baik-baik. Jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan tau. Jaga makan, jangan banyak main game,” ujar Hanie Hadie.

“Alhamdulillah semoga Cik B akan sentiasa berjaya duniawi dan ukhrowi. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Hazlyn Talhah.

“Kalau dah belajar di luar negara, mesti nanti Cik B lagi bergaya,” komen Tulip. 


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 14-10-2024 11:20 PM
belajar apa bee oii
Quote rayna_raynes 14-10-2024 11:47 PM
She belajar apa jauhnya sampai Barcelona
Quote pocongkiutss 15-10-2024 12:08 AM
Belaja apa kt sana..mcm pelik jer
Quote apedehal 15-10-2024 12:20 AM
Nashib baik duit boleh beli kawan..so xda apa la nk risau tu boleh je survive
Quote starcity 15-10-2024 12:21 AM
Ambik kursus buat pizza ke.
Dia ni nk acah2 nk jd tomboy tp badan mcm tu
Quote nolya 15-10-2024 12:28 AM
Awat tak cakap ambik subjek apa?  Nak masuk uni ke atau kolej. Dah blj bahasa Spanyol ke.
Jujur bertanya Cik B masuk uni/kolej berbekalkan syarat kelulusan  ape ye?  Berapa lama?  Kat M'sia tak ade ke subjek yg nak diambik sampau harus ke Spanyol sana. Cik B nak ambik kursus kecantikan, modeling atau peragaan ke?  Adakah sijil kelulusan nanti diiktiraf kerajaan M'sia.
Cik B nak lanjutkan pelajaran tu bagus dah.  Tapi awas, jgn kena skem sudah... Skamer hari ini pun canggih2.
Quote anony-mous 15-10-2024 12:54 AM
Aku xboleh tgk cikB ni auto rasa nk mengata
Quote Kuin-Kepam 15-10-2024 01:04 AM
korang pun...
nak study negera komonwealth kena IELTS kan....dia ni ada ke qualification.. a-level bagai?
paham2 je la
Quote L.U.S.M 15-10-2024 04:36 AM
Yeke p bljr..ke p renovate?
Quote Shahman86 15-10-2024 05:59 AM
Ada 100 degree pon tetap nampak bodoh
Quote MeowPARSI 15-10-2024 06:13 AM
Study apa tu,, kalau Leona aku percaya laaa jugak,, yg cik B ni,, transparent laa sket beeee oiii,,, br org luar confident
Quote SANKURIANG 15-10-2024 06:19 AM
L.U.S.M replied at 15-10-2024 04:36 AM
Yeke p bljr..ke p renovate?

Hati hitam aku pun syak gitu. Jahat kan aku ni..
Quote asudau 15-10-2024 06:22 AM
bior la dia nak belajar uols..time dia berjimba kat pavilion korang gak suh dia belajar, ni dia nak pi belajar korang persoalkan kelulusan dia pulak...

serba tak kena...mentang-mentanglah Cik B tak de rupa macam fatah amin kan..kalau berupa hensem, apa dibuat semua betul
Quote Nham22 15-10-2024 06:42 AM
Betul ke sambung belajar?? Ke sambung rawatan?? Huhuhu.... Takyah pusing2x la dsv
Quote Janetnasuha 15-10-2024 06:52 AM
Edited by Janetnasuha at 15-10-2024 06:53 AM

Gambar tu dia bawak kain pelikat ke nok?.
Quote Kuin-Kepam 15-10-2024 06:53 AM
baik la leona pulak...
bee ni muka pun jemuan je..
cam psychopath anti sosial je.
Quote Minami2013 15-10-2024 06:57 AM
asudau replied at 14-10-2024 10:22 PM
bior la dia nak belajar uols..time dia berjimba kat pavilion korang gak suh dia belajar, ni dia nak  ...

Patah kayu??? Patah riuk???.. biar betul chuols tak de org mengata fatah amin sbb hensem.
Quote Rogue98 15-10-2024 07:10 AM
Belajar apa tu Cik B. Awat bilik dorm macam tu....takut nye nak tidur...
Quote noor2 15-10-2024 07:31 AM
Dah penuh ke University dan kolej kat Malaysia ni cik B ooii

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.153580 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top