Dilabel sebagai ‘duda hot’, pelakon Hisyam Hamid menyifatkan perkara tersebut sebagai pujian yang boleh memberikan kesan positif kepada dirinya. Dalam masa sama, Hisyam, 38, bersyukur kini kian bangkit selepas bercerai dengan bekas isteri sebelum ini. “Saya ambil sebagai pujian. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif. “Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan kemajuan diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini. Selain itu, pelakon drama Bunga Salju itu lebih selesa hidup bujang selain memberikan fokus kepada anak dan ibunya. “Buat masa ini, saya selesa dengan hidup macam ini (duda). Kawan-kawan macam biasa dengan semua orang. “Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya,” ujarnya lagi.
|
cikmah78 replied at 15-10-2024 02:31 PM
Tambah lg 1 kapel adik sayang,dh serai
ecahaha replied at 15-10-2024 02:38 PM
fy dengan wife dia betul ke? xde org bukak benang pun
ADVERTISEMENT