Rakyat Malaysia di zaman ini memang sangat kreatif, kalau bukan komen lucu pasti ada sahaja konten dengan idea ‘luar kotak’ dihasilkan. Memetik Kosmo, paling mencuri perhatian apabila ramai menghasilkan video berkaitan isu pemberian duit raya suami kepada isteri dan anak-anak. Lucunya, mereka gunakan lagu raya sebagai muzik latar! Sakit perut gelak dengan perangai netizen yang galak mengutuk dan menyindir. Tidak terfikir lagu raya dimainkan seawal ini, semuanya disebabkan Fazura. Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mahu beri duit raya awal kepada pasangan masing-masing kerana risau menjadi punca pergaduhan kelak.
Beginilah lumrah media sosial hari ini, kalau tak mampu nak hadap perangai netizen, elak buat sebarang kenyataan yang makan diri atau beri impak terhadap kesihatan mental. Sumber : Kosmo |
Diplomat replied at 14-10-2024 01:01 PM
The good part is, banyak lah husband akan show off bagi duit raya untuk isteri tahun depan. Yang lia ...
AkokKocik replied at 14-10-2024 12:28 PM
Duit raya ke...duit poket ke...walaupun xwajib, bagilah kat istri ikut mampu...bukankah gembirakn ha ...
Whitney72 replied at 14-10-2024 01:17 PM
Kan...hadiah2 lain pun blh bagi...mcm hubby i..setiap kali lahirkan ank..RMxxxx masukkan dlm akaun ...
ADVERTISEMENT