CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang hilang : Madrafataha ditemui selamat, enam suspek diberkas

14-10-2024 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29290| Komen: 49

 

KLANG – Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai diculik di kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi di sini, Selasa lalu terungkai apabila dia ditemui selamat, semalam.

Penemuan mangsa yang dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan itu, membawa kepada penahanan enam suspek termasuk dua wanita berusia 13 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak warga tempatan yang hilang pada 8 Oktober itu dijumpai semula kira-kira pukul 2.30 petang.

Jelas beliau, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bermula pukul 5 petang semalam,” katanya, hari ini.


“Kereta Myvi yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas. Siasatan mendapati, mangsa mengenali salah seorang daripada suspek selain salah seorang suspek turut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Tambahnya, polis akan membuat permohonan reman ke atas keenam-enam suspek di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Madrafataha dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan di kereta yang diparkir di bawah rumahnya di Bandar Bukit Tinggi dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Selasa lalu.

Sepanjang kehilangannya, kanak-kanak itu juga dikatakan menaiki sebuah kenderaan selain sempat meletakkan dua peket mi segera berperisa kari di bahagian rak barangan di rangkaian pasar raya berhampiran rumahnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniac 14-10-2024 10:46 AM
Wanita berusia 13 tahun.
Eh tu kanak2  lagi tu. Berita ni salah tulis ayat ke ape
Quote Insomniac 14-10-2024 10:48 AM
Apa maksud diculik daripada penjagaan yang sah disisi undang2
Mak ayah die bercerai ker?
Quote krustykrab 14-10-2024 10:54 AM
Insomniac replied at 14-10-2024 10:46 AM
Wanita berusia 13 tahun.
Eh tu kanak2  lagi tu. Berita ni salah tulis ayat ke ape

Samada wartawan tu malas nk tulis panjang2 atau mmg bongok.
Quote Decaffeinated 14-10-2024 10:56 AM
Madrafa... what?
Quote Shayang 14-10-2024 11:08 AM
Aku baca dia dikena kurung, pukul dan dibiarkan kelaparan selama 4 hari.
Rasanya kes dia ni kot, sbb td gambar dh blur.
Quote tungkai 14-10-2024 11:17 AM
Anak Konoha ke ni?
Quote Thunderclouds 14-10-2024 11:38 AM
Kerabat konoha bcukau letteww
Quote tikarterbang 14-10-2024 11:45 AM
Seramai enam suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan berumur lingkungan 13 hingga 23 tahun berjaya diberkas



Itu yg aku faham
Quote A-Are 14-10-2024 12:10 PM
uih 2x baca betul2 nama dia...lain macam
Quote Kitty_catz 14-10-2024 01:53 PM
Insomniac replied at 14-10-2024 10:46 AM
Wanita berusia 13 tahun.
Eh tu kanak2  lagi tu. Berita ni salah tulis ayat ke ape

tu reputz tak sekolah kaka, reputz tangkap muat namanyierrr

maap kan je la
Quote zuriey 14-10-2024 02:03 PM
Kwn2 dia juga tu
Quote patchipink 14-10-2024 02:09 PM
mak oi
konohanya nama kau dek
Quote syamzana 14-10-2024 02:10 PM
makpak bergasak anak jadi mangsa ke ni??
nama ko dekk
Quote sukacactus 14-10-2024 03:05 PM
Wahhh! Literally ank bangsawan nih!
Quote pocongkiutss 14-10-2024 03:23 PM
Anak angkat yg diculik oleh mak bapak konoha yg betul ke
Quote Jikookie 14-10-2024 03:58 PM
Uih nama dia. Pelik betul
Quote anony-mous 14-10-2024 04:18 PM
Decaffeinated replied at 14-10-2024 10:56 AM
Madrafa... what?

Jahhaha i baca nama dia byk kali dah tp this time terbaca as madafaka
Quote Skuau 14-10-2024 04:23 PM
anony-mous replied at 14-10-2024 04:18 PM
Jahhaha i baca nama dia byk kali dah tp this time terbaca as madafaka


sama..dh TERbaca..madafaka...ler pulok...
Quote TeropongThaico 14-10-2024 04:40 PM
Anak bangsawan ni...
jgn buat main2

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079720 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top