CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM jangan buat keputusan ‘u-turn’ Akta 852 – CAP

14-10-2024 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25774| Komen: 1

 


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar tidak membuat ‘pusingan U’ berhubung keputusan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Pegawai Pendidikan Kananya, N.V. Subbarow berkata, CAP menyeru agar KKM mengendahkan sebarang bentuk cadangan atau nasihat daripada industri komersial anti-rokok mengenai akta berkenaan.

Menurutnya, Akta 852 adalah undang-undang yang membantu melindungi dan menyelamatkan beribu-ribu nyawa generasi muda dan bukan perokok.

“Undang-undang merokok baharu adalah untuk meningkatkan kesihatan dengan mewujudkan budaya yang mengurangkan pendedahan kepada tembakau, produk merokok lain dan asap rokok terpakai.

Terdapat beberapa industri komersial seperti restoran makanan, minuman dan kedai runcit menentang pelaksanaan Akta 852. Oleh itu, tiada u-turn dan mesti ada sekatan ketat terhadap pembekalan, pengiklanan, paparan dan promosi produk merokok,” katanya di sini, hari ini.


Justeru beliau memberitahu, CAP menyokong penuh keputusan dan menggesa KKM supaya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan industri komersial mengenai Akta 852.

10 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan KKM menafikan dakwaan kononnya Akta 852 memberi tekanan kepada peniaga kecil.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, dakwaan itu disifatkan tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali.

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) meminta KKM menangguhkan pelaksanaan larangan pameran produk merokok di bawah Akta 852.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 14-10-2024 11:14 PM
kalau betul nak haramkan rokok dah lama boleh buat tapi cukai rokok besar mana mau

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.027207 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top