CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim akui GST cukai terbaik, perlu sedikit masa laksana semula - “Berikan kita masa beberapa tahun lagi"

14-10-2024 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26120| Komen: 27

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memerlukan masa beberapa tahun untuk direalisasikan.

Anwar turut mengakui, GST adalah sistem percukaian paling telus, efisien dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara, namun ia hanya boleh dilaksanakan semula selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

“Kalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar termasuk orang kaya dan yang miskin. Berikan kita masa beberapa tahun lagi.

“Saya faham dan mengkaji sejak sedekad lalu bahawa GST adalah sistem cukai paling efisien dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.

“Namun, berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia (ACCIM), hari ini.


Tambahnya, kerajaan hanya akan melaksanakan GST sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000 yang mana ketika ini, gaji bulanan minimum di Malaysia adalah pada RM1,500.

Jelasnya GST juga akan membantu mengembangkan dana kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

Namun begitu, beliau percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan GST telah menjadi isu berterusan selama beberapa dekad, malahan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Beliau tidak bersetuju ketika itu kerana merasakan gejala rasuah yang membabitkan berbilion ringgit, antara lainnya, perlu ditangani terlebih dahulu. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanilacup 14-10-2024 10:09 AM
Hanya bila pendapatan rakyat cecah sebulan RM 3K baru laksanakan GST. Ini bermakna mereka iaitu kerajaan tidak menafikan kebaikan GST walhal ketika Najib jadi PM siap kritik beria dgn pelaksanaan GST. Mana prinsip PH yg terdahulu pasal ni? Nampak tak semua pemimpin politik tiada teguh pd apa2 situasi dan keadaan pun sbb di satu masa mereka menentang kemudian nanti mereka akan menyokong pulak polisi itu terutama bila mereka itu berdiri sbg sebuah kerajaan.
Quote hayrin86 14-10-2024 10:11 AM
Bantuan bulanan dahulu
Quote Firenzza 14-10-2024 10:13 AM
Geng2 nuart dh byr ganti rugi duit rkyt sbb terbalikan & rosakkan kereta peronda lum?
Quote honam 14-10-2024 10:19 AM
wow gaji minimum dalam 3k-4k
Quote nikaido 14-10-2024 10:28 AM
vanilacup replied at 14-10-2024 10:09 AM
Hanya bila pendapatan rakyat cecah sebulan RM 3K baru laksanakan GST. Ini bermakna mereka iaitu kera ...

nope. aku penah baca Madey, guan eng & anwar mengakui keberkesanan GST. tp madey 2018 ckp terpaksa hapus GST sebab most rakyat yg xmau
Quote tripleid 14-10-2024 10:48 AM
Edited by tripleid at 14-10-2024 02:35 PM

Only in Msia gaji basic 900 tapi kjaan gi bantai GST smpai 6%



IMG_20241014_143444.jpg
Quote krustykrab 14-10-2024 10:56 AM
Puihhh la ko nuart...ko dgn raja pormula ko tu patut di penjarakan je sb byk menipu rakyat
Quote Decaffeinated 14-10-2024 11:07 AM
Baca pelan2

Yang nak GST ni golongan pedagang, industrialists

Yang hendak dibela takut GST ini marhaen dan miskin

Acik2 nak sokong yang mana?
Quote vanilacup 14-10-2024 11:11 AM
nikaido replied at 14-10-2024 10:28 AM
nope. aku penah baca Madey, guan eng & anwar mengakui keberkesanan GST. tp madey 2018 ckp terpaksa ...

Ye ke? Rasanya blok pembangkang ketika itu memang bunyi sgt2 pasal GST ni...
Quote Decaffeinated 14-10-2024 11:12 AM
nikaido replied at 14-10-2024 10:28 AM
nope. aku penah baca Madey, guan eng & anwar mengakui keberkesanan GST. tp madey 2018 ckp terpaksa ...

Yang tak mau tu tentulah cukai apa2 pun kalau boleh tak nak bayar. Maintenance flet RM45 pun liat tapi boleh ada dua kereta. Ini yang cuba dibela demi sekeping undi. Buang masa ja.

Quote kasibiman 14-10-2024 11:38 AM
Decaffeinated replied at 14-10-2024 11:07 AM
Baca pelan2

Yang nak GST ni golongan pedagang, industrialists

mcm terbalik je.


bukan ke pedagang dan bisnis yg tanak gst sbb lobang lari cukai ditutop?
Quote Decaffeinated 14-10-2024 11:53 AM
Then why bangnon timbulkan benda tu didepan tokey2 tu?

"ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia"


Quote A-Are 14-10-2024 11:57 AM
eloklah pakai GST, skang habes semua benda dok cah, service cah lain, tax kedai lain...
Quote kasibiman 14-10-2024 11:59 AM
Decaffeinated replied at 14-10-2024 11:53 AM
Then why bangnon timbulkan benda tu didepan tokey2 tu?

"ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung  ...

Saja kasi gempar kat 375,000 pedagang yg dah terlepas bila gst dimansuhkan tahun 2018 ari tu
Quote kemaruk 14-10-2024 12:08 PM
mane la pensokong awnar nak taruk muka
Quote kemaruk 14-10-2024 12:10 PM
tripleid replied at 14-10-2024 10:48 AM
Only in Msia gaji basic 900 tapi kjaan gi bantai GST smpai 6%

so sekarang SST 8%, pendapatan perkapita malaysia dah cecah 100k USD ke?

tapi ko takyah reply sebab bangkem tau ko bukannya paham pon

ko pandai tepek meme je

memang tu jer tahap akal korang
Quote tripleid 14-10-2024 12:28 PM
Edited by tripleid at 14-10-2024 12:35 PM

org tak sekolah je samakan sst 8% dgn gst 6%

yang mansuh gst Mahadir tapi ujung2 walaun menyalak salahkan Madanon padahal dulu korang jgk la yg menggelupo taknak gst


Quote kemaruk 14-10-2024 12:44 PM
dah kantoi ler tew
Quote kemaruk 14-10-2024 01:11 PM
satu per satu kebenaran terpancut jua akhirnyaaa ahhhhhhhhhh gitttttt ggiiittt giiitttttt chheewwwwwwwww

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059353 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top