CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami, isteri tidak wajib tidur sebilik, tinggal serumah – UAI

14-10-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26024| Komen: 17

 


PETALING JAYA – Pasangan suami isteri tidak diwajibkan untuk tidur sebilik dan tinggal serumah sebaliknya yang diwajibkan dalam agama Islam adalah nafkah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, nafkah batin tidak hanya tertumpu kepada hubungan kelamin, namun ia turut merangkumi keberadaan si suami disamping isteri.

“Nafkah batin yang dimaksudkan adalah kita hadir kepada dia (isteri), bukan jimak semata-mata. Hadir kita tubuh badan berdamping dengan isteri kita.

“Ada dia cakap atau maklum apa-apa kepada kita boleh dengar, nak pegang tangan kita pun boleh. Itu orang panggil hadir dan wajib kita hadir kepada isteri kita pada waktu malam menjelang maghrib sehingga fajar esok. Siang itu ikut kamulah nak pergi mana,” katanya dalam satu klip video baru-baru ini.

Tambah Ustaz Azhar, jika pasangan itu duduk serumah tetapi tidur secara berasingan dan salah seorang daripada mereka tidak reda, maka perbuatan tersebut tidak dibenarkan.


“Sebab dalam alam perkahwinan, tidur asing ini adalah satu bentuk hukuman kepada pasangan, kalau kita tidak suka apa yang dilakukan pasangan maka tidurlah berasingan.

“Tetapi kalau kedua-duanya reda dan tiada masalah, maka tidur asing-asing tidak mengapa,” jelasnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 14-10-2024 09:42 AM
kalau wajib takkan ada la PJJ, outstation segala rokiah oiii
Quote AkokKocik 14-10-2024 12:24 PM
Teringat cam dulu setat ni kata xblh mkn masakan org xsolat...lepas tu ada netizen upload dia bwk anak bini mkn mcD...netizen tu tanya setat dah tanya ke org yg masak tu solat ke idok...ceramah setat ni adakala mkn diri.
Quote Orix 14-10-2024 01:13 PM
AkokKocik replied at 14-10-2024 12:24 PM
Teringat cam dulu setat ni kata xblh mkn masakan org xsolat...lepas tu ada netizen upload dia bwk an ...

UAI ke yg ckap xleh makan masakan org x solat ?
Quote kemaruk 14-10-2024 01:16 PM
AkokKocik replied at 14-10-2024 12:24 PM
Teringat cam dulu setat ni kata xblh mkn masakan org xsolat...lepas tu ada netizen upload dia bwk an ...

mcd tu je ke contoh?

ada lagi tu

cer ingat balik

ada lagi
Quote Tinot7 14-10-2024 01:19 PM
Waiting for kaka kaki bubuh gambaq uai dgn bini
Quote AkokKocik 14-10-2024 02:59 PM
Orix replied at 14-10-2024 01:13 PM
UAI ke yg ckap xleh makan masakan org x solat ?



Ha ah tp xingat kat mana baca....haritu masuk sokabar online setat jehar bersama riders2...berhimpitan lelaki pompuan kat situ...xde pun setat ni berbunyi apa2...bak kata netizen klu org lain, haram...klu kena kat setat ni smua halal.
Quote AkokKocik 14-10-2024 03:01 PM
kemaruk replied at 14-10-2024 01:16 PM
mcd tu je ke contoh?

ada lagi tu


Apa lagi erk..xingat, xminat kat setat ni, xminat sgt baca pasal setat kecuali yg viral je..pass ke porumer lain klu ada yg ingat.
Quote testly 14-10-2024 03:53 PM
Cubalah bg dlm konteks yg penuh. Sekerat2 je..yg pandai agama oklah, dpt yg cukup mkn or jahil, haru jdnya.....
Quote Shayang 14-10-2024 04:10 PM
Tajuk dan artikel mcm tak sama
Tak paham aku
Jd menda yg wojib nyaa?
Quote Thunderclouds 14-10-2024 11:49 PM
Tinot7 replied at 14-10-2024 01:19 PM
Waiting for kaka kaki bubuh gambaq uai dgn bini

Iols request gambaq dia nyonyot nenen 'bini'
Quote mamarilia 15-10-2024 12:01 AM
bini banyak... mmg tak logik la nak himpunkan semua dalam 1 bilik dan 1 rumah... heheehhe
Quote white_musk 15-10-2024 12:20 AM
Thunderclouds replied at 14-10-2024 11:49 PM
Iols request gambaq dia nyonyot nenen 'bini'

tua atau muda?
Quote ninja boy 15-10-2024 01:05 AM
Jika x duduk serumah anak2 terbiar beban budak dicampak kpd bini sorang2
Quote manop 15-10-2024 07:33 AM
AkokKocik replied at 14-10-2024 12:24 PM
Teringat cam dulu setat ni kata xblh mkn masakan org xsolat...lepas tu ada netizen upload dia bwk an ...

ni jenis jual akhirat gak .... sejiran dgn geng mercedes serambi kan

Quote Tinot7 15-10-2024 09:21 AM
Thunderclouds replied at 14-10-2024 11:49 PM
Iols request gambaq dia nyonyot nenen 'bini'

Ada ka gambaq tu? Astaga..
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 09:24 AM
Tinot7 replied at 14-10-2024 01:19 PM
Waiting for kaka kaki bubuh gambaq uai dgn bini

Insaflah kaka
Quote Tinot7 15-10-2024 09:27 AM
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 09:24 AM
Insaflah kaka

Baiklah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.100861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top