CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahir nak cuci hati, rancang pindah Mekah, Madinah bersama isteri - “Memang sudah lama saya bercita-cita untuk tinggal di sana"

14-10-2024 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25157| Komen: 19


 

Penyanyi Shahir nak cuci hati dan menyimpan impian untuk menetap di Madinah atau Mekah, Arab Saudi demi mendekatkan diri dengan Allah.

Menurut pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi, dia dan isterinya, Jaskin Jaludin, 35, pernah berhijrah di Madinah selama dua bulan lebih pada tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka terpaksa pulang ke tanah air atas beberapa faktor tidak mengizinkan termasuk tahap kesihatan bapa Shahir.

“Kami sudah berpindah dan ada rumah di sana. Ketika itu saya berulang-alik antara Madinah dan Malaysia selama dua bulan.

“Memang sudah lama saya bercita-cita untuk tinggal di sana. Bukan sebab ingin buka bisnes tetapi saya memang hendak tinggal di tanah haram,”katanya.

 

Katanya lagi, dia perlu berniaga untuk menyara kehidupan jika benar-benar mahu menetap di Madinah atau Mekah pada masa akan datang.
 
Penyanyi berusia 36 tahun ini berkata, misinya kini bukan untuk duniawi tetapi mahu mengutamakan perjalanan rohani.

“Saya masih menyimpan hasrat untuk tinggal di sana pada masa depan. Bukan hendak kata saya baik, tetapi saya mahu cuci hati."

“Dalam kehidupan ini kadang-kadang kita terlampau bergantung harap pada orang. Sebab itu semasa pindah di sana, saya langsung tidak membuat sebarang perancangan."

“Saya hendak bergantung sepenuhnya pada Allah. Tetapi kita manusia, perancangan Allah itu lebih baik. Bukan sekarang mungkin pada masa depan,”ujar juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8).

 
Dalam perkembangan terkini, Shahir kembali muncul dengan single terbaharu yang mendapat sentuhan komposer terkenal Omar K dan Iqie Hugh.
 
Menariknya lagi, isterinya turut membintangi video muziknya berjudul Aksara.

Untuk rekod, Shahir dan Jaskin telah disatukan pada 3 September 2022 di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya.

Shahir telah mengikat tali pertunangan dengan wanita kelahiran Tawau, Sabah itu pada 16 Julai  selepas mengenalinya menerusi Instagram (IG) pada Aidilfitri lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Haryati Karim), Oh Media 
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 14-10-2024 09:24 AM
Bertuah sungguh la ko sahir. Cuci kaki jer. Jgn lupa bagi duit raya ke bini eventho bini banyak pitis.
Quote zuriey 14-10-2024 10:38 AM
Jgn nak perasan, jahlop artis pertama akan pindah dok mekah
Quote MisXoXo 14-10-2024 10:43 AM
Dia ni jenis melahhh kot
Quote che-cikL 14-10-2024 10:48 AM
Apo Haryati Karim ni tulis article gini, lemah nau? Org Tu dah kawin tahun 2022, motif nak tulis tarikh tunang & kenal aidilfitri lalu?
Quote enot_sibudak 14-10-2024 11:14 AM
anilanil replied at 14-10-2024 09:24 AM
Bertuah sungguh la ko sahir. Cuci kaki jer. Jgn lupa bagi duit raya ke bini eventho bini banyak piti ...

binik dia sapa...iols btl2 serius xknal..hahahahaha
Quote enot_sibudak 14-10-2024 11:18 AM
okeh bru lepas google sapa binik dia...kayaaaaaaa
Quote makciktijah 14-10-2024 11:23 AM
ler dulu duduk sana 2 bulan je rupanya. igtkan td artikel lama sbb dulu dah kecoh pindah mekah.
Quote cawanmilosuam 14-10-2024 12:53 PM
masa i ols p umrah 2 tau  lps, kecoh arab saudi naikan duit cukai warga asing 25k/person  setiap tahun, byk duit syahir lau nk duk sana..
Quote AkokKocik 14-10-2024 03:11 PM
Klu nk mendekatkan diri kpd Allah...kena pindah ke mekah atau Madinah ke, klu xpindah ...xkira dekat???

#tanya jer...
Quote nolya 14-10-2024 04:00 PM
AkokKocik replied at 14-10-2024 03:11 PM
Klu nk mendekatkan diri kpd Allah...kena pindah ke mekah atau Madinah ke, klu xpindah ...xkira dekat ...

Pndpt saya mcm ni, semuanya bergantung kpd niat dn perasaan seseorang.
Bila kita berjauhan, kita sering merindui, selalu ingin mendekati.  Ttpi bila dah ada depan mata, keghairahan trs tidak terlalu uja, menjadi hal yg rutin/ biasa.

Aura Madinah-Makkah, ketarikan magnetnya memang kuat.  Sesapa orang jauh yg pernah pergi ke Mekah, tak pernah jemu, bagaikan tak puas dn ingin pergi lagi dn lagi. Kenapa, kerana kita berjauhan. Nikmat beribadah dn ketenangan jiwa yg dicari2, dirasai dlm keterbatasan waktu, menimbulkan rasa kerinduan untuk sentiasa hadhir di sana. Dn dlm kekangan waktu itulah, ummat ingin merangkul dn mencari kepuasan sepenuh2nya beribadah di tempat paling suci, dn ingin mencari identiti sbg umat Islam sejati. Bila kita sudah jadi pemastautin Mekah-Madinah, beribadah solat tu tetaplah dibuat ttpi ianya adalah hal rutin shj. Keterujaan tidak akan seghairah spt mana susah hendak mencapainya. Dlm pada itu, nafkah kehidupan tetap harus dicari sama ada bekerja atau jadi usahawan.
Quote babynina30 14-10-2024 04:15 PM
Ada iqomah ke ? Or pakai visa 3bln tu ulg Msia-Saudi ?
Quote rbmy 14-10-2024 04:18 PM
wife dia ada duit banyak la ni. bugis tawau kot..
Quote rayna_raynes 14-10-2024 04:19 PM
Dah berapa kali dia ni announce nak pindah ?
Quote DeLuna85 14-10-2024 04:24 PM
rbmy replied at 14-10-2024 04:18 PM
wife dia ada duit banyak la ni. bugis tawau kot..

Orang Sabah ja tau Bugis Tawau kaya. Tapi memang Dorang kaya kan. Dan dicemburui oleh so called original sabahan.
Quote gideoncross 15-10-2024 01:40 AM
zuriey replied at 14-10-2024 10:38 AM
Jgn nak perasan, jahlop artis pertama akan pindah dok mekah

Yg ni lawak hahahaha
Quote chinta89 15-10-2024 09:56 AM
zuriey replied at 14-10-2024 10:38 AM
Jgn nak perasan, jahlop artis pertama akan pindah dok mekah

jul repen pun penah ckp mende sama. sembang je diorang ni..
Quote chinta89 15-10-2024 09:57 AM
duk malaysia x leh cuci hati ke? masjid surau punya banyak.....
Quote watachiwa 15-10-2024 11:04 AM
org nak duk sana pi syp2. x yah bitau org dah aih
btw dia keja apa? keja dgn minik ka?

kene amik iktibar dr retis2 lain yg keja dgn bini or bekas bini
Quote supernaturalee 15-10-2024 12:20 PM
watachiwa replied at 15-10-2024 11:04 AM
org nak duk sana pi syp2. x yah bitau org dah aih
btw dia keja apa? keja dgn minik ka?

haha
ni baru 2 tahun

tp shahir ni mcm padat kan


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top