Seorang wanita tuntut Auntie Anne’s henti guna populariti kakak dan membayar gaji susulan dipecat disebabkan tular gambar mencium doh sewaktu bekerja. Menerusi video yang dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Adeline Chang di media sosial, dia meminta bekas majikan kakaknya untuk melunaskan gaji selepas staf tersebut dipecat serta merta atas tindakan tersebut.
Difahamkan, Adeline memaklumkan kakaknya, Alice, telah menjalani latihan di cawangan Sungai Wang pada 30 September 2024 dan sepatutnya dibayar gaji namun telah dipecat selepas beberapa gambar dia mencium doh tular. Dakwa wanita itu lagi, francais terkenal tersebut hanya mengambil kakaknya bekerja semata-mata kerana populariti wanita itu demi strategi pemasaran untu meningkatkan jualan. “Mereka hanya ingin menggunakan populariti Alice. Mereka tidak pernah berniat untuk memberikan pekerjaan yang tetap kepadanya,” ujar. Dalam pada Adeline juga menggesa supaya bekas majikan kakaknya melunaskan bayaran gaji yang sepatutnya diterima walaupun sudah dipecat. Terdahulu, tular di media sosial berkenaan beberapa gambar yang dimuat naik ke media sosial tindakan seorang staf yang bekerja di francais tersebut dimana mencium doh roti sewaktu bekerja. Disebabkan itu, pihak Auntie Anne’s terpaksa menutup sementara cawangan tersebut dan pekerja berkenaan diberhentikan serta merta selepas tularnya gambar itu. Sumber: FB sakura sakura, Oh Media |
Zack8hunter replied at 14-10-2024 09:42 AM
jap.. adik dia yg pernah viral psl naik grab lps tu xnk byr tu ke? awat muka mcm sama?
Zack8hunter replied at 14-10-2024 09:42 AM
jap.. adik dia yg pernah viral psl naik grab lps tu xnk byr tu ke? awat muka mcm sama?
tungkai replied at 14-10-2024 10:05 AM
So dia guna bad publicity is still publicity? How about brand damage? Sebelum kes dia ni, store kat ...
Shayang replied at 14-10-2024 02:59 PM
NPD rupanya
Asal nak berlagak sbg mangsa plak
Bodoh sgt acik anne tu guna cara ni utk marketing
sukacactus replied at 14-10-2024 03:02 PM
Laaa...pening parents dapat ank2 tak berapa nak betul ni
Katanya si alice ni skrg keje kat Mc ...