CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rumah Tangga Bergolak, Siapa Dakwa? Tidak Fasal-Fasal Kena Juga" - Uqasha Senrose

12-10-2024 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53784| Komen: 12

 


Pelakon Uqasha Senrose reda apabila kehidupan rumah tangganya dengan Kamal Adli difitnah sedang berantakan.

Uqasha berkata, dia berterima kasih kepada suaminya itu kerana tampil mempertahankan rumah tangga mereka.

"Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.

"Biar orang buat kita, Allah Maha Adil," tulisnya dalam Instagram Story.

Menurut Uqasha, dia mengaku pelik dan tertanya-tanya bagaimana khabar angin mengenai rumah tangganya sedang menghadapi masalah tersebar.

"Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tidak fasal-fasal kena juga," katanya.


Semalam, Kamal ketika ditemui media enggan melayan spekulasi mendakwa rumah tangganya sedang bergolak dan menganggap perkara itu sengaja dicetuskan individu tertentu.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata dia cuma berlapang dada, bahkan rasa lucu mendengar gosip liar itu.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia enam bulan.


Sumber: BH
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 12-10-2024 12:15 PM
Benda kalau dah masuk forum ni risau sikit. Haha
Quote Perawankota 12-10-2024 02:18 PM
Rasa2 org cakap laki bini ni selalu gaduh bising2, tak der lak ckp rumah tangga bergolak.. tapi bkn ke klu jenis gaduh bising2 ni yg selalunya bertahan lama
Quote phalanx 12-10-2024 03:05 PM
Time bercinta pun selalu gossipan gadoh-gadoh kan. Semoga gaduh situ lepas situ. Tak simpan-simpan perasaan sampai makan hati.
Quote zuriey 12-10-2024 04:58 PM
Perawankota: Rasa2 org cakap laki bini ni s ...


Lepas gaduh2 dah tahu apa pasangan tak suka
Jadi boleh baiki mana tak kena
Tu la kot bertahan
Kalau jenis diam je mana nak tahu apa masalah tak puas hati.simpan2 lama2 makan hati..tak pandai nak gaduh nak luah simpan sendiri..
Melaikan kalau curang susah nak di maafin..
Quote Manusiabesa 12-10-2024 04:59 PM
Tak skrg ni boring dh nk tau pasai ungka. Cuma nk tau kema kembong serai sbb apa herherherher
Quote virgocircus 12-10-2024 05:58 PM
zuriey replied at 12-10-2024 04:58 PM
Lepas gaduh2 dah tahu apa pasangan tak suka
Jadi boleh baiki mana tak kena
Tu la kot bertahan

Betul sgt chuols... better bertekak bertegang urat depan² daripada pendam pastu ngadu kat socmed. Huhuhu
Quote zuriey 12-10-2024 07:21 PM
virgocircus replied at 12-10-2024 05:58 PM
Betul sgt chuols... better bertekak bertegang urat depan² daripada pendam pastu ngadu kat socmed. ...

lately i byk baca pasal pasangan nonchalant
Lagi menyiksakan..mcm kahwin dgn kayu
Quote anony-mous 12-10-2024 07:35 PM
zuriey replied at 12-10-2024 07:21 PM
lately i byk baca pasal pasangan nonchalant
Lagi menyiksakan..mcm kahwin dgn kayu

Idok la kayu. Cuma kalau dpt pasangan mcm ni kena byk2 syukur. Sbb laki mcm ni dia xbyk hal, jenis baik, btggungjawab cuma effort bkn 100% , jenis xkejar dunia 100%. Klau kita high achiever mmg rasa susah nk syukur
Quote zuriey 12-10-2024 08:49 PM
Edited by zuriey at 12-10-2024 08:56 PM
anony-mous replied at 12-10-2024 07:35 PM
Idok la kayu. Cuma kalau dpt pasangan mcm ni kena byk2 syukur. Sbb laki mcm ni dia xbyk hal, jenis ...


Mmg kayu tak de perasaan
Bila gaduh lari..
ada yg jenis tak pernah senyum/ketawa..
Mcm mana nak tahu perasaan apa yg suka apa yg tak puas hati..
Cuma ye meraka ni jenis bertanggjwb..
Kalau pasangan mampu sabar dia juga patut bersyukur..


Quote anony-mous 12-10-2024 09:21 PM
zuriey replied at 12-10-2024 08:49 PM
Mmg kayu tak de perasaan
Bila gaduh lari..
ada yg jenis tak pernah senyum/ketawa..

Xpernah senyum / ketawa tu melampau sgt , tu bkn kayu. Tu robot terminator. Elok je i dgn org mcm ni ketawa.
Quote Akalditipumata 13-10-2024 11:56 AM
zuriey:  Edited by zuriey at 12-10-202 ...
zuriey:  Edited by zuriey at 12-10-202 ...
[em:4:]
Quote Ahgerbitch 14-10-2024 11:22 AM
Aku cuma nk tau pasal adik dia nelydia hahaha

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.125979 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top