CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbangkan keberkatan rezeki, Noki K-Clique enggan bawa watak romantis, bersentuhan

12-10-2024 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 48817| Komen: 1

 


Bimbangkan keberkatan rezeki daripada sumber lakonan, anggota kumpulan hip hop, K-Clique yang kini bergelar pelakon, Noki kini lebih berhati-hati memilih naskhah.

Noki yang pulang menunaikan umrah pada Februari lalu mengelak daripada membawakan watak romantik yang memerlukan adegan bersentuhan.

Artis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, dia tidak bimbang keputusannya kurang disenangi kerana lebih percaya kepada rezeki.


"Kalau boleh saya cuba elak bawa watak romantik dan percintaan kerana biasanya watak ini membabitkan adegan bersentuhan.

"Saya tak mahu bawakan watak seperti ini lagi kerana saya risaukan keberkatan sumber rezeki diperoleh.

"Cari duit dengan hasil lakonan, tetapi ketepikan soal halal haram dan saling bersentuhan, jadi saya khuatir keberkatan rezeki," katanya yang ditemui pada majlis tayangan filem Reeza GTR arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, baru-baru ini.

Noki berkata, keputusan berubah dibuat lapan bulan sebelum menunaikan umrah.

"Saya tak kisah kalau ada produksi takut panggil saya disebabkan syarat ditetapkan kerana saya percaya rezeki daripada Allah.

"Alhamdulillah, setakat ini, rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu drama untuk platform VIU dan filem arahan Syafiq Yusof," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai filem Reeza GTR terbitan Primeworks Studios & Grand Brilliance, Noki berkata, itu adalah filem aksi pertama lakonannya. Reeza GTR adalah filem kedua lakonannya selepas filem War On Terror: KL Anarki.

Noki berkata, dia seronok dapat beraksi dalam filem Reeza GTR kerana dapat melakonkan sendiri babak aksi.

Katanya, dia tidak menjalani uji bakat, sebaliknya watak ditawarkan oleh pengarah Ahmad Idham.

"Ini kali pertama saya bawakan watak antagonis, tak susah pun untuk bawakan watak Andika. Mungkin sebelum ini saya memang ada sikap panas baran, jadi lebih mudah menghayati.

"Tapi, bila usia sudah semakin meningkat dan mendekatkan diri kepada Allah, perlahan-lahan saya cuba ubah sikap panas baran," katanya.


Sumber: BH
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 13-10-2024 07:07 AM
Dia ni dulu yg bermisai tu kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.156300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top